PAS Saujana Utama dan WEBTVPAS

PAS Saujana Utama akan terus memanafaat teknologi yang sedia ada untuk memberi kemudahan kepada semua pihak dan penduduk Saujana Utama khasnya. Oleh yang demikian, kemudahan WEBTVPAS yang sentiasa membuat siaran ceramah secara siaran langsung turut di manafaat bersama. Baru-baru ini PAS Saujana Utama telah menayangkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Kedah dengan menggunakan 'big screen' di hadapan bilik gerakan PAS Saujana Utama. Kelihatan ramai pengunjung-pengunjung yang datang sambil menjamu selera di kedai berdekatan. Kelihatan juga beberapa orang ahli UMNO yang turut bersama. Antara penceramah pada malam tersebut ialahYAB Dato Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan Darul Naim), YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS) dan YAB Tuan Guru Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah Darul Aman)






Baca Seterusnya ...

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Setelah hampir 2 minggu berakhirnya pilihanraya umum ke 12, semalam beberapa petugas PAS menurunkan kesemua bendera, poster, banner yang terdapat di sekeliling Saujana Utama. Tugas yang belum selesai ini adalah bagi menyahut peraturan pilihanraya bagi menurunkan kesemua poster, bendera dan apa sahaja bahan kempen dalam tempoh 2 minggu selepas pilihnaraya. Kerja kuat para petugas, akhirnya kesemua bahan kempen dapat diturunkan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. Syabas kepada semua. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka di Akhirat kelak.






Baca Seterusnya ...

PAS Saujana Utama mengalu-alukan 20 meter padu air percuma di Selangor mulai April 2008


PAS Saujana Utama mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan baru Negeri Selangor yang akan memberi bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi merealisasikan janji manisfesto pilihanraya PKR.

Jurucakap Syabas ketika dihubungi dalam sebuah akhbar tempatan berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.

Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.


Baca Seterusnya ...

TERIMA KASIH



Jutaan terima kasih diucapkan kepada penduduk saujana utama yang keluar mengundi serta mengundi PAS baru-baru ini. Tidak lupakan juga kelab penyokong PAS yang terdiri dari penduduk yang bukan muslim yang bersama-sama berkempen bagi memenangkan PAS. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

Baca Seterusnya ...

JUTAAN TERIMA KASIH DARI PAS SAUJANA UTAMA


TERIMA KASIH DAUN KELADI,
LAIN KALI PILIH PAS LAGI

Baca Seterusnya ...

Tak celup pun kita menang

Baca Seterusnya ...

Tahniah untuk Raja Nazrin Shah dan Raja Puan Besar dari PAS Saujana Utama

PAS Saujana Utama ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Keluarga Di Raja Perak terutamanya Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah serta Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim di atas kelahiran putera mereka.

Putera pasangan diraja itu dilahirkan pada pukul 10 pagi, 14/3/2008 di di Hospital Pakar Damansara, menurut Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit Sultan Perak di Istana Iskandariah.

Tuanku Zara dan puteranya dalam keadaan sihat walafiat, menurut petikan Bernama

PIHAK PAS SAUJANA UTAMA BERDOA AGAR PUTERA SULTAN PERAK INI AKAN MENJADI ORANG YANG BERIMAN, BERJAYA DI DUNIA DAN BERJAYA DI AKHIRAT

RAJA Dr. Nazrin Shah (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Pakar Neonatologi Dr. Musa Mohd. Nordin selepas baginda mengiringi ayahandanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Permaisuri Perak, Tuanku Bainun di Hospital Pakar Damansara di Damansara, semalam. – Bernama.

Baca Seterusnya ...

Gambar Kenangan

Baca Seterusnya ...

Surat Mukhriz Mahathir minta Abdullah Badawi letak jawatan




Oleh bigdogdotcom.wordpress.com
Jumaat, 14 Mac 2008


PETANG Rabu 12 Mac 2008, empat hari setelah Negara dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke XII, Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah menghantar sepucuk surat peribadi meminta PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan semua jawatan termasuk Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.

Surat ini telah disalin kepada Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Wira Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO dan Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung UMNO.

Mukhriz yang berterima kasih kerana diberi kepercayaan bertanding di P005 Jerlun atas tiket Barisan Nasional menjangkakan akan menerima kesan negatif kerana surat ini, termasuk risiko dipecat sebagai ahli UMNO.

Baca Seterusnya ...

Suasana Menonton Keputusan Pilihanraya





Suasana meriah semasa menonton keputusan pilihanraya ke 12 sungguh ceria di bilik gerakan PAS Saujana Utama. Satu 'big screen' di pasang di luar bilik gerakan bagi memudah orang ramai terutamanya penduduk Saujana Utama dapat bersama-sama menonton keputusan pilihanraya tersebut. Ramai penduduk menunggu sehingga waktu pagi kerana keputusan-keputusan yang berpihak di pihak pembangkang disiarkan agak lewat pagi dan ada keputusan yang tidak disiarkan langsung.

Baca Seterusnya ...

KEPUTUSAN RASMI PETI UNDI SAUJANA UTAMA

Baca Seterusnya ...

RESERVED





Baca Seterusnya ...

Zon larangan tidak dipatuhi


Beginilah cara BN berkempen,walaupun telah diberitahu tentang zon larangan, tetapi mereka tidak patuhi larangan tersebut. Siapa ni....?

Baca Seterusnya ...

Lintas Langsung dari Pondok Panas`PAS 2


Jam 3 semakan pengundi sedang dibuat, setakat ini lebih kurang 76% pengundi di Peti Undi Saujana Utama sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Sekali lagi pihak PAS Saujana Utama ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana mengundi PAS. AllahuAkbar 3 X

Baca Seterusnya ...

Lintas Langsung dari Pondok Panas`PAS 2


Jam 3 semakan pengundi sedang dibuat, setakat ini lebih kurang 76% pengundi di Peti Undi Saujana Utama sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Sekali lagi pihak PAS Saujana Utama ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana mengundi PAS. AllahuAkbar 3 X

Baca Seterusnya ...

Lintas Langsung dari Pondok Panas 2 PAS Saujana Utama


Setakat jam 1.18 petang lebih kurang 56% pengundi berdaftar telah membuat pilihan masing. Pihak PAS sekali ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Saujana Utama yang telah memilih PAS serta yang datang mengundi. Cuaca di sini agak baik. Kami mendoakan semua rakyat berani membuat perubahan pada kali ini.

Baca Seterusnya ...

AWAS!!! Pengundi hantu ada dimana-mana


Petugas-petugas PAS diminta memerhati disekeliling pusat pengundian, sekiranya terdapat watak pengundi yang mencurigakan.

Baca Seterusnya ...

Semakan daftar pemilih di pondok PAS


Pengundi-pengundi saujana utama boleh singgah di pondok PAS untuk semakan daftar pemilih.

Baca Seterusnya ...

Inilah masanya untuk kita berubah.



Pengundian bermula pada pagi ini jam 8 pagi. Dan PAS Saujana Utama telah meletakkan dua pondok panasnya sejauh 50 meter dari tempat mengundi. Cuaca agak baik pagi ini dan setakat ini jam 10 pagi lebih kurang 20% dari jumlah penduduk telah keluar mengundi. PAS SAUJANA UTAMA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA KERANA MENGUNDI PAS PADA PILIHANRAYA KALI INI

Baca Seterusnya ...

Lagu khas untuk pemimpin yang rasuah & korup

Baca Seterusnya ...

Calon PAS Di Surau AnNur Saujana Utama

Baca Seterusnya ...

BN SAUJANA UTAMA TAK TAHU ADAB PERANG POSTER

Kelihatan BN Saujana Utama seperti pertama kali pengalaman dalam pilihanraya. Ini dibuktikan dari awal lagi yang mana pihak BN sendiri mengantung poster dan bendera melindung banner dan poster yang dipasang oleh pihak PAS. Ini menunjukkan ketidakmatangan jentera BN Saujana Utama serta takut bayang-bayang mereka sendiri setelah PAS Saujana Utama boleh dikatakan setiap hari mengantung banner-banner baru. Perkara ini amat memalukan dan boleh dikatakan BN Saujana Utama tak pandai buat kerja.


Baca Seterusnya ...