Papan Tanda PAS Saujana Utama Mencuri Tumpuan

Pemasangan papan tanda PAS Saujana Utama telah dilakukan secara bergotong royong oleh beberapa ahli pada petang 19 April 2009. Semoga dengan berdirinya papan tanda yang menarik itu, dapat menarik lebih ramai ahli serta komitmen ahli sedia ada dalam bergerak dan meneruskan itltizam memantapkan parti.

Papan tanda tersebut dipacakkan berhampiran simpan empat yang mempunyaia laampu trafik. Mungkin itu tempat yang paling strategik. Turut diadakan ialah pemasangan papaan tanda bagi PAS Cawangan Seri Pristana. Rekabentuk papan tanda adalah menurut format standard bagi Parlimen Kuala Selangor.

Terima kasih atas semua yang telah turun membantu menyiapkan kerja-kerja pemasangan papan tanda tersebut.

Baca Seterusnya ...

Forum : Najib Razak & Kematian Altantuya



Sila klik gambar berkenaan untuk membesarkannya.

Baca Seterusnya ...

Kedai Gunting Rambut Al-Qamar Kini Dibuka

Kedai Gunting Al-Qamar yang terletak di Markas PAS Saujana Utama kini dibuka kepada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut. Dengan harga yang amat berpatutan berbanding dengan kedai gunting sekitar, orang ramai tidak harus melepaskan peluang ini. Kadar untuk dewasa ialah RM 7, manakala pelajar sekolah RM 5 dan kanak-kanak hanya RM 4 sahaja.

Waktu perniagaan pula adalah sebagaimana berikut :-

Selasa - Khamis : 6.30 petang - 10.00 malam

Sabtu - Ahad : 12.00 tengahari - 9.00 malam

Isnin & Jumaat : Cuti

Baca Seterusnya ...

Berjayakah Pakej Stimulus Kedua ?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad ( MP Kuala Selangor )

Wed | Mar 11, 09 | 3:23:36 pm MYT

Akhirnya kerajaan bersedia menerima hakikat bahawa negara akan ditimpa seluruh impak buruk krisis kewangan global. Baguslah, walaupun agak lambat. Sejak November lalu, Pakatan Rakyat mahu kerajaan bertindak segera bagi mengelakkan penguncupan dan menangani kelembapan ekonomi. Betul kita tidak terkesan dengan krisis sub-prima kerana pendedahan kita terlalu minimumterhadap segala produk-produk canggih derivatif gadai-janji sekuriti ciptaan genius kewangan Barat. Tetapi lain pula halnya dengan negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Singapura dan Timur Tengah.

Semua negara-negara ini sedang mengalami kemelesetan ekonomi dengan membawa satu senario ngeri yang bakal ditanggung rakyat masing-masing. Ia persis kelembapan ekonomi tahun 1929 dalam "The Great Depression". Kini kemelesetan pertumbuhan di United Kingdom sebanyak -2.8% peratus, Jepun -2.6% dan Singapura -4.9%. Kini kita mengakui pertumbuhan negara hanya sebanyak 0.1% pada suku akhir 2008, berbanding 4.7% pada suku ketiga 2008.

Bahawa negara akan mengalami kemelesetan atau 'recession' bukan lagi suatu ramalan bahkan hakikat yang pasti. Ia bukan sukar untuk difahami seperti ilmu sains roket. Jumlah ekspot menjunam sebanyak 27.8% pada bulan Januari 2009 sementara Indeks Pengeluaran Industri (IPI) merosot sebanyak 15.6% pada bulan Disember 2008. Sumbangan IPI adalah hampir40% dari jumlah seluruh ekonomi negara. Rizab Antarabangsa hanya tinggal RM316 bilion pada bulan Disember 2008, berbanding RM410 bilion pada bulan April 2008.

Pengurangan permintaan barangan kita, pengurangan rizab negara, pelebaran defisit fiskal, antara lain, akan sekali gus mengurangkan nilai ringgit Malaysia (RM) yang kini kehilangan sebanyak 7% berbanding Dolar Amerika. Penarafan Negara atau 'Sovereign Rating' telah turun ke paras single 'A' serentak menyukarkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan penambahan kos pinjaman dalam bondan hutang (gearing) serentak menjadikan negara kita tidak menarik dan kompetitif bagi pelabur asing mahupun tempatan.

Unjuran pemberhentian pekerja adalah sebanyak 200,000 menjelang hujung 2009.Suntikan kedua RM60 bilion? (bold)Sejumlah RM60 bilion dikatakan akan disuntik dalam tempoh dua tahun; 2009 dan 2010. Jumlah ini agak besar, hampir 10% dari seluruh ekonomi negara atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kalau benarlah disuntik sejumlah ini akan melebarkan defisit fiskal hampir kedua angka atau 'double digit'.

Tetapi penulis yakin suntikan fiskal hanya seperti yang dinyatakan yakni RM15 bilion, selainnya bolehlah dianggap sebagai dalam alam khayalan dan angan-angan lagi. Sumber Dana Jaminan, Pelaburan Ekuiti, kaedah PFI dan juga cara insentif cukai tidak merupakan satu yang pasti. Tidak salah berangan-angan, cuma jangan terlalu nak mendodoi rakyat. Lebih baikmencelikkan rakyat dengan hakikat yang sebenarnya.

Kalau tidak keterlaluan, penulis ingin bertanya Menteri Kewangan, apa sudah jadi dengan RM7 bilion pakej rangsangan pertama. Apakah ia sudah habis disuntik? Dalam sektor mana? Bila dan apa kesannya? Apakah ia menepati sasaran dan matlamat rangsangan? Apakah ia brjaya atau gagal? Terlalu banyak yang masih belum diketahui dan didedahkan.

Ketelusan dan pertanggungjawaban

Ini kunci permasalahan urus-tadbir dinegara ini! Ketelusan dan pertanggungjawaban. Urus-tadbir Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama dalam pengurusan krisis kewangan ini boleh disemak dalam satu website economyincrisis.com. Setiap perbelanjaan dana suntikan adalah terbuka dan telus kepada rakyat.

Sudah sampai waktunya kerajaan BN memahami bahawa mereka tidak lagi boleh meneruskan urus-tadbir yang buruk dan membuat keputusan yang buruk. Urus-tadbir yang buruk dan keputusan yang buruk hanya boleh dihasilkan oleh kepimpinan yang buruk. Sehingga kini,persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinan negara masih tidak dapat diubah selagi gelagat dan tabiat lama dikekalkan.

Benar krisis ini adalah dicetuskan faktor luaran dan mendatang. Benar, tidak ada negara yang dapat mengelak dari terkena bahananya disebabkan sifat ekonomi dunia yang terbuka kecuali kalau kita mengamalkan ekonomi tertutup dan menjana ekonomi hanya dari permintaan domestik (closed-loop economy).

Namun perlu ditegaskan bahawa negara ini tidak lagi bersedia untuk ditadbir kepimpinan yang tidak punya integriti, bahkan mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan nepotisme. Semua ini akan meningkatkan kos perkhidmatan serta pembuatan produk-produk di negara ini sekaligus menjejaskan daya-saing negara. Tender terbuka dan memberi pihak yang mampu melakukan dengan kos perunit terendah adalah ukuran utama dalam pemberian sesuatu kerja atau kontrak.

Berjuta bahkan berbilion ringgit mampu diselamatkan dengan mempastikan amalan urus-tadbir baik.Penerusan amalan buruk ini tegasnya akan menjadi punca utama kegagalan program pakej rangsangan kerajaan, walau sebanyak mana sekalipun disuntik. Setelah komitmen yang bulat oleh semua pihak untuk menutup lubang-lubang kebocoran, maka aspek kedua yang penting diperhatikan ialah ke manakah suntikan rangsangan itu dibuat?

Perlu ditegaskan bahawa yang hendak dicapai dalam mengelakkan ekonomi negara daripada terus terjerumus dalam kelembapan dan kemelesetan ialah bagi meningkatkan permintaan.Dalam waktu terdekat krisis ini, amat munasabah untuk tidak mengharapkan rakan dagang kita membuat permintaan ekspot barangan dan perkhidmatan kita. Blok dagangan baru seperti BRIC (Brazil, Russia, India dan Cina) juga turut terjejas walaupun tidak seteruk Amerika dan Eropah atau Jepun.

Meningkatkan permintaan domestik dengan berbelanja

Maka kerajaan hanya boleh mengharapkan peningkatan permintaan domestik, yakni rakyat di negara kita sendiri. Bagi menjayakan agenda dan cita-cita ini, rakyat perlu diberi keupayaan membeli dengan meningkatkan pendapatan bolehguna mereka (disposable income). Ini termasuk selain dari makanan seperti pembelian rumah hartanah, kereta, bahan eletrikal dan elektronik, termasuk bercuti dan lain-lain.Kaedah paling berkesan untuk mempastikan rakyat mempunyai wang dan dana untuk berbelanja adalah memberi wang tunai terus kepada rakyat.

Negara seperti Singapaura dan Australia mengamalkan polisi ini. Potongan sumbangan pekerja mahupun pihak syarikat kepada KWSP belum pasti diterima rakyat atau syarikat kerana mereka tahu bahawa ini mengorbankan simpanan usia tua mereka.Mustahak untuk kerajaan memahami psikologi rakyat dalam krisis kerana mereka kurang senang untuk berbelanja kerana takut dan cemas akan ketidaktentuan krisis. Mereka lebih selesa menabung, dan bukan berbelanja.

Kalau berlaku sedemikian maka penguncupan permintaan akan menjadikan situasi lebih parah dan pihak pengilang akan memberhentikan lebih ramai pekerja.Disamping suntikan terus kepada rakyat yakni semua segmen rakyat dari pelbagai latar belakang status sosial dan pendapatan, perkara seterusnya adalah untuk memahami dalam sektor apakah suntikan harus dibuat?Spontan jawapan ini selalu dijuruskan kepada infrastruktur; lebih besar adalah lebih baik.

Perbelanjaan RM5 bilion untuk lebuhraya, jambatan atau landasan keretapi merupakan 1% daripada KDNK. Namun kali ini, kerajaan perlu faham bahawa mereka tidak seharusnya terlibat dalam usaha 'pump-priming' secara tradisional, yakni dalam infrastruktur sahaja.

Perusahaan kecil dan sederhana

Kerajaan wajar menumpukan sector perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana peranannya yang penting dalam ekonomi negara. Sumbangan PKS kepada KDNK ialah sebanyak 32% sementara ia menyumbang lebih 56% tenaga pekerja dalam negara. Skim Jaminan Modal Kerja sebanyak RM5 bilion adalah cukup memberangsangkan. Penjanaan pekerjaan adalah besar sekali gus dengan kesan bergandanya juga adalah penting.

Elakkan dari membuat suntikan ke atas sektor spekulatif dan akhirnya tidak menjadikan rakyat mendapat menafaat kecuali bagi pihak pemaju atau pembekal bahan-bahan pembinaan. Sudah terlalu banyak projek rumah yang terbengkalai. Kita perlu berfikir di luar kotak dalam menggarap cabaran perumahan ini. Benar, bidang pembinaan melibatkan 120 sektor berkaitan, tetapi cuba pastikan kesan bergandanya dan matlamatnya kesampaian.

Sudah terlalu lama isu perumahan tidak ditangani dengan baik dan tuntas.Banyak lagi aspek-aspek terperinci yang perlu diperhatikan termasuk pelaburan dalam industri hijau, dan lain-lain lagi. Namun selama wujud komitmen dan iltizam politik untuk melakukan yang terbaik dengan urus-tadbir yang kompeten dan bertanggungjawab, krisis ini akan terus mematangkan seluruh rakyat, sama ada di pihak pembuat polisi, pelaksana polisi dan penerima kesan polisi yakni rakyat.

Akhirnya, ia kembali kepada semua kita. Mengungkap sepatah kata hikmat Mahatma Ghandi: Jadilah engkau perubahan yang engkau cita-cita untuk saksikan di dunia ini! Andainya kita gagal lakukan ini, maka kitalah musuh utama bagi diri kita sendiri.

Dengan itu sayugia diingat akan maksud firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kau katakan apa yang kau tidak lakukan?" - azm

(Dr Dzulkefly ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan Ahli Parlimen Kuala Selangor

Baca Seterusnya ...

Mari Beristghfar ...

Baca Seterusnya ...

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana Ajaran Nabi Dalam Pemerintahan

Dr Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat. Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini. Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

Baca Seterusnya ...

Bapa Pengerusi PAS Saujana Utama Meninggal Dunia

Bapa kepada Sdra Rosli Mohd Hussain ( Pengerusi PAS Saujana Utama ), iaitu Mohd Rosli bin Ali telah meninggal dunia di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur pada jam 10.30malam, 3 Mac 3009 kerana jangkitan paru-paru. Allahyarham telah dimasukkan ke wad Hospital Tawakkal pada 2 Mac 2009 setelah mengadu letih-letih badan. Sebelum ini, allahyarham sering menerima rawatan di hospital yang sama akibat penyakit batu karang.

Merupakan bekas pendidik, allahyarham meninggal dunia pada usia 81 tahun. Sdra Rosli Mohd Hussain adalah anak sulong allahyarham dari 7 orang adik beradik. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kuala Garing, Rawang kira-kira jam 12.30 tengahari. Semasa kita doakan semoga roh allahyarham dicucuri rahmatNYA.


Baca Seterusnya ...

Kuliah Haraki di UPU Saujana Utama


Program Pentarbiyahan ahli-ahli PAS Saujana Utama di masukkan agenda utama dalam pembentukan sahsiah ahli. Ianya dilaksanakan dengan program Kuliah Haraki
yang di adakan Setiap Hari Selasa, Di Markas UPU Pas, Bermula jam 9.30 malam. Baru-baru ini Kuliah Haraki yang telah disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz bertajuk Ciri-ciri Jemaah Islam, petikan tulisan Sheikh Mustafa Masyur dalam bab Jemaah Islam Contoh.

Baca Seterusnya ...

Sekitar Ceramah Umum Di UPU Saujana Utama - 12/11/2008

12 November 2008 : Selepas kejayaan besar menganjurkan ceramah umum bersama Dato' Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat beberapa ketika dahulu, PAS Saujana Utama sekali lagi berjaya meneruskan kesinambungan dengan menganjurkan ceramah umum di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Antara penceramah yang hadir ialah:

1. Haji Razali Tumirin, Pengarah MTD Jeram
2. Ustaz Riduan Md Nor, Exco Pemuda PAS Pusat
3. YB Ir Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
4. YB Dr. DZulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor


Ceramah dipengerusikan oleh Cikgu Hj. Azhar Bin Harun

1. Ucapan Aluan oleh Pengarah MTD Jeram dengan memfokuskan perbincangan dan penganalisaan mengenai

Proses perjalanan pilihanraya di Malaysia dan peranan rakyat di dalam sebuah Negara demokrasi yang seharusnya bebas dan berani memilih dan menentukan pemimpin yang diimpikan. Rakyat mesti mengetahui hak dan tanggungjawab mereka tanpa desakan, sogokan dan diarah atau dipaksa menentukan pemimpin yang diharapkan boleh memperjuangkan hak mereka.

Rakyat seharusnya matang menganalisa dasar dan rancangan sesebuah parti politik sebelum membuat pilihan yang tepat dan keputusan yang bijak tanpa dipengaruhi bahkan ditekan oleh mana-mana pihak

Rakyat mestilah mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Kesedaran politik hanya boleh dilahirkan melalui beberapa cara, di antaranya pendedahan mengenai ilmu politik dan kemasyarakatan di peringkat awal remaja atau dibangku sekolah. Sistem pendidikan seharusnya mendidik semua rakyat ke arah hidup berorganisasi dan berpersatuan.

Beliau turut menceritakan kemajuan dan perkembangan berpolitik di Negara Maju seperti di Amerika Syarikat, didapati rakyat bebas memperolehi maklumat seperti dasar parti dan akhirnya mereka dapat memilih secara bebas siapa pemimpin yang sesuai untuk membangunkan negara

2. Ustaz Riduan Md Nor, Exco Pemuda PAS Pusat

Beliau memfokuskan perbincangan mengenai kedudukan dan pola pengundian di kawasan bandar dan kawasan pinggir bandar dan sikap pengundi yang memilih calon-calon Pakatan Rakyat (PR) di dalam PRU 12, tanpa diracuni oleh dasar perkauman sempit dan agama.

Di antaranya, beliau memperjelaskan betapa taraf hidup dan tahap pendidikan turut/boleh mempengaruhi seseorang untuk mengundi calon-calon pembangkang dengan penuh keberanian.

Beliau masih sangsi bagaimana mentaliti penduduk kampung yang masih dibelenggu dengan fahaman sempit berpolitik yang dirancang oleh UMNO. Saranan beliau ialah adalah wajar penduduk yang tinggal di kampung-kampung/orang Melayu didekatkan mereka dengan ilmu agama dan peranan agama di dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan mereka. Peranan Puasat Khidmat Masyarakat (PKM) hendaklah digemblengkan.




3. YB Ir Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Beliau menceritakan strategi UMNO untuk menarik perhatian para pengundi/rakyat untuk menyokong mereka kembali dengan meniupkan isu perkauman, khususnya sensitiviti orang Melayu/Islam. UMNO cuba memperlagakan orang Melayu dengan isu-siu keMelayuan yang diharapkan dapat meniupkan rasa kebencian terhadap kerajaan PR dan beralih sokongan terhadap UMNO/BN semula. Beliau memberi beberapa contoh kes, di antaranya, kes pelantikan Pengurus Besar PKNS.

Menurut beliau, UMNO akan sentiasa mencari isu-isu dari semasa ke semasa dengan menonjolkan merekalah sahaja pejuang bangsa dan agama dengan menggunakan media massa, cetak dan elektronik, terutama TV untuk menghentam dasar/polisi kerajaan PR yang dianggap tidak menguntungkan orang Melayu/Islam. Mereka akan mencipta apa-apa pembohongan atau menghuraikan secara negatif atau tidak bertanggungjawab terhadap rancangan/usahakan yang dijalankan oleh kerajaan PR



4. YB Dr. DZulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Beliau berusaha untuk mengingatkan terutama ahli-ahli PAS, jangan terperangkap dengan desakan yang menunjukkan ketidak-matangan/kedangkalan kita berpolitik. Mungkin ada di antara ahli yang mendesak agar pimpinan PAS dapat melaksanakan, umpamanya, undang-undang hudud di negeri Kedah dengan kadar segera. Ini seolah-olah menunjukkan Islam itu hudud sahaja yang terpenting untuk dilaksanakan.

Beliau cuba menarik perhatian semua yang hadir dengan memperihalkan skop ajaran Islam yang terdiri daripada beberapa komponan asas, seperti aqidah, syariah dan akhlak dan beliau sendiri memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadith Rasullullah s.a.w. yang membuktikan ajaran Islam perlu dilaksanakan secara hikmah/bijaksana. Umpamanya, beliau menghuraikan misi Rasullullah dilahirkan ke atas dunia ini ialah untuk memperbaiki akhlak manusia.

Beliau turut berusaha untuk meyakinkan pemimpin PR terutama DAP terhadap peranan Islam di dalam menyelesaikan masalah rakyat/manusia dan Negara. Beliau adalah salah seorang pemimpin PAS yang diamanahkan untuk membentangkan idea PAS di dalam menyelesaikan permasalahan umat. Salah satu usaha beliau ialah membentangkan idea PAS mengenai bajet yang berprinsipkan keadilan dan bermanfaat bagi kemashalahatan umat dan akhirnya turut diterima oleh pimpinan DAP secara terbuka dan penuh kagum.

PAS sepatutnya mengambil inisiatif dan pendekatan informasi dan dakwah di dalam PR sekarang, agar peranan PAS dapat dihormati oleh teman-teman di PR dan menjadikan parti ini dapat berfungsi dan berperanan lebih luas. Kita mesti mendapat kepercayaan tulen daripada mereka agar segala rancangan kita berhasil.

Beliau menyarankan agar ahli-ahli Pas sendiri mesti mempelajari ilmu dan istilah-istilah al-Quran/ Arab/yang bersifat ilmiah agar memudahkan kita berhujah dengan sesiapa sahaja.



Laporan oleh: Hj Razali Tumirin, Pengarah MTD DUN Jeram.
Foto oleh : Unit Fotografi, PAS Saujana Utama.

Baca Seterusnya ...

Misi Penghantaran Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri

Satu Misi Bantuan Sumbangan Hari Raya di kelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras Dun Jeram(JPD) Zon Saujana Utama telah diadakan pada 21 September 2008. Misi dimulakan dengan perbincangan ringkas di kalangan Pakatan Rakyat iaitu PKR dan PAS Saujana Utama. Misi bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. Mereka yang telah diberikan bantuan adalah mengikut mereka yang layak (14 Keluarga) menerima zakat di Saujana Utama. Bantuan berupa beras, gula, susu serta wang tunai.

Selain dari menghantar bantuan sumbangan, pasukan misi juga telah sempat beramah mesra dengan mengadakan perbincangan serta mendapat maklumat-maklumat penting bagi bantuan akan datang. Semasa menceritakan masalah-masalah yang dihadapi, terdapat juga suasana yang menyedihkan sehingga penerima sumbangan mengeluarkan air mata dan memeluk pasukan misi. Suasana haru ini sungguh menginsafkan pasukan bantuan misi ini. Di samping itu, penerima sumbangan mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Saujana Utama yang telah memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung.















Baca Seterusnya ...