BENDERA BN SU KENA SABOTAJ ???


Dipetik dari laman web UMNO Saujana Utama SAUJANA UTAMA. 24Feb,2008, Pesta poster parti pembangkang PAS; dan BN telah membanjiri persekitaran strategik di kejiranan Saujana Utama, Sungai Buloh. Umum telah mengetahui, PAS telah lama menjuarai kempen gantung poster di Taman Saujana Utama, kira-kira 2 bulan mendahului tempoh kempen politik yang bermula hari ini. Di pihak BN, pula hanya sedikit sahaja poster yang digantung, itu pun disekitar bilik gerakan pilihanraya. Begitu pun, imej BN dan UMNO setempat sedikit tercalar kerana poster-poster BN seringkali saja jatuh, rebah dan bersepah-sepah di jalanan di sekitar bilik gerakan sejak beberapa hari yang lepas. Sumber yang dipercayai menyebut, bukan faktor alam seperti angin atau sebab-sebab semulajadi yang diperkatakan. Pihak-pihak keselamatan biro telah diminta untuk memantau dan mengumpulkan bukti yang jelas untuk tindakan lanjut. publish date:24 February 2008

Pagi semalam sewaktu penamaan calon, beberapa SMS telah diterima yang mengatakan bahawa petugas PAS telah memotong tali-tali bendera-bendera UMNO di sekitar bilik gerakan UMNO. SMS yang tidak ada asas ini membayangkan bahawa PAS parti yang tidak bertanggungjawab dalam kempen pilihanraya yang ke 12 ini. Jika ada tuduhan perlulah dibuat dengan professional serta mempunyai bukti yang kukuh. Beberapa individu yang melalui kawasan tersebut mendapati bahawa poster-poster serta bendera yang digantung tidak diikat dengan kuat, dan tali yang digunakan adalah tidak kuat. Dan bendera-bendera tersebut jatuh akibat angin yang kuat di kawasan tersebut.