Tiada Sebab Menolak Tawaran Barisan Alternatif

Pilihan raya bakal tiba iaitu pada 8 Mac ini seluruh rakyat Malaysia yang layak akan keluar mengundi. Barisan Alternatif (BA) satu-satunya parti saingan Barisan Nasional (BN) telahpun mengumumkan sebahagian manifestonya sama ada di peringkat Pusat ataupun negeri-negeri.

Di peringkat Pusat, antara tawaran BA kepada rakyat Negara ini ialah penurunan harga petrol, perubatan percuma, biasiswa bagi menggantikan pinjaman pendidikan, air paip percuma dan berbagai lagi kemudahan untuk rakyat. Di negeri Terengganu pula PAS menjanjikan untuk menghapuskan bayaran cukai pintu tanpa perlu bayaran tunggakan, letak kereta bermeter percuma hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum dan berbagai lagi termasuk akan meneruskan tuntutan wang royalty di mahkamah.

Namun begitu, pelik, aneh apabila ada manusia yang Allah berikan akal dan iman menolak semua ini semata-mata kerana kepartian. Kebaikan, kebajikan dan kemudahan yang ditawarkan dipersenda-sendakan malahan menghasut pula orang lain untuk menolak semua tawaran ini.

Kerana taksub dengan kepartian mereka masih sanggup susah, bayar lebih dan menolak semua ini yang jelas membuktikan iman mereka telah dicabut oleh Allah dan akal mereka sia-sia sahaja dan sepatutnya diberikan kepada makhluk-makhluk di zoo sahaja kerana mereka gagal menggunakanya selari dengan kehendak Allah.

Pemimpin-pemimpin mereka pula menghina dan merendah-rendahkan tawaran yang dibuat oleh BA kerana takut jika rakyat terpengaruh dan berubah maka akan terbongkar semua penyelewengan yang mereka lakukan selama ini.

Lihat sahaja Suharto dan Thaksin di Thailand, apabila jatuh dari puncak kuasa, terbongkar semua harta yang berbillion ringgit jumlahnya yang dicuri dan dirompak dari harta rakyat dan Negara. Inilah sebenarnya yang paling ditakuti oleh puak Umno jika mereka kalah di Pusat.

Di Terengganu misalnya, mengapa rakyat begitu bodoh, tidak bertanya pada pemimpin mereka, mengapa mereka mesti bayara cukai pintu dan lain-lain lagi sedangkan semasa PAS memerintah semuanya itu tidak ada. Ke mana perginya wang hasil minyak yang berbillion selama ini?

Jika apa yang rakyat Terengganu dapat sama saja seperti rakyat di negeri-negeri lain, apa keistimewaan mereka sedangkan mereka di uar-uar kan sebagai negeri kaya dengan hasil petroleum? Jika orang-orang bukan Melayu berpusu-pusu menyokong tawaran yang diberikan oleh BA, alangkah malangnya penyokong-penyokong fanatik Umno masih mahu menolak malahan mempersendakan pula tawaran itu.

Kenyataan pemimpin-pemimpin mereka yang jelas terpalit dengan berbagai kegiatan tidak bermoral dengan mengatakan Negara akan bangkrap jika BA memerintah pun mereka percaya dan ini membuktikan mereka meletakan diri mereka lebih hina dari pemimpin mereka kerana percaya dengan cerita dongeng yang direkacipta demi untuk menjaga kuasa dan perut mereka itu.

Sebenarnya Negara sudah kerap kali hampir bangkrap, dan setiap kali situasi itu berlaku maka segala harga barangan akan dinaikan dengan memberi pelbagai alasan bodoh, sedangkan sebenarnya wang Negara hampir kekeringan kerana membayar wang bawah meja bagi puak-puak ini.

Kita ambil contoh pendedahan yang dibuat oleh bekas TPM bagaimana komisyen (sebenarnya rasuah) pembeliah kapal selam yang berjumlah RM500juta dan komisyen beli jet pejuang Sukhoi berjumlah RM300juta.

Komisyen untuk dua projek saja hampir 1 bilion, bagaimana kalau sepuluh, dua puluh atau lebih bagi projek-projek yang mereka jelmakan yang bernilai lebih RM700 bilion seperti Ecer, Ncer, WPI dan lain-lain lagi?

Akhirnya Negara akan bakal muflis dan cara untuk mereka selamatkanya ialah menaikan lagi harga barang-barang, tol dan cukai dan mereka bagi seribu alasan lagi dengan kenaikan itu. Siapa yang tiodak berakal atau tolol? Rakyat atau pemimpin?

Lembu atau kambing pun jika diberikan rumput kering atau daun kering dengan rumput atau daun segar, tetap akan memilih yang segar walaupun mereka tidak berakal, tetapi manusia yang diberikan akal dan iman bagi orang Islam pula yang meniolak tawaran yang baik dan berkebajikan dengan memilih yang bukan saja menyusahakan kehidupan mereka malahan orang lain juga terpaksa tanggung sama. Bukankah zalim namanya ini?

Namun begitu keputusan pilihan raya kelak akan membuktikan apakah Negeri Terengganu atau Malaysia mempunyai manusia yang berakal dan beriman atau sebaliknya. Jika Umno-BN masih berkuasa di Malaysia khususnya di Terengganu, terbuktilah bahawa manusia yang beriman dan berakal adalah minoriti sedang golongan zalim mengatasi jumlahnya apatah lagi dicampur dengan peragut, perogol, kaki arak dan judi, tidak solat, murtad, perasuah dan kaki maksiat, penipu dan penentang syariat yang sentiasa taat dan patuh akan terus menyokong Umno.

Lakonan mereka untuk mencari calon yang bersih hanyalah temberang saja. Mana ada pemimpin atau calon Umno yang bersih? Orang bersih tidak akan masuk atau sokong Umno yang diumpamakan sebagai tong najis itu.

Oleh itu seruan buat pejuang Islam "Jihad Fisabilillah" sudah bermula. Menentang pemerintah yang zalim adalah wajib, menyokong mereka jelas haram. Kalah atau menang itu urusan Allah, sekurang-kurangnya kita ada jawapan dihadapan Allah kelak setelah kita berusaha sedaya upaya dengan tenaga dan harta.

Bagi rakyat yang berimana dan berakal, buktikanlah bahawa kamu memang punya iman dan akal, tukarlah kerajaan dan bersama-samalah kita menikmati segala tawaran yang dijanjikan sekiranya BA berkuasa kelak.

Mana-mana puak yang masih menolak dan degil serta sombong elok berpindahlah kamu tinggal di hutan belantara atau sebaik-baiknya kamu keluarlah dari bumi Allah ini kerana golongan yang kerjanya hanya untuk menyusahkan orang lain tidak layak duduk di bumi Allah ini.

Untuk pengundi-pengundi luar yang di datangkan ke kawasan-kawasan yang bukan tempat mereka (pengundi hantu) dengan bayaran upah, berfikirlah dengan akal yang diberikan Allah dan iman yang mantap, undilah BA demi kesenangan kehidupan harian dan masa depan untuk keluarga juga untuk orang lain.

Jangan terpedaya atau sanggup menjadi kuda tunggangan pihak-pihak tettentu semata-mata untuk mengekalkan kuasa, akibatnya segala kepayahan hidup akan ditanggung untuk jangka masa yang panjang.

Ingatlah, jika Umno berikan undi pada BN kali ini, bermakna saudara semua akan menanggung kehidupan yang lebih parah dan bahaya. Jangan dikhianati ikrar yang sering dilafazkan dalam solat dalam doa iftitah, jika tidak eloklah kamu jadi hamba Taghut bukan hamba Allah dan jadilah umat Tiga A (Abu Jahal, Abu Lahab dan Abdullah bin Ubai) bukan umat Muhammad.

Gunakanlah akal dan iman yang dikurniakan Allah untuk kebaikan bukan untuk kecelakaan. Apakah tidak serik dan tidak insaf lagi dengan segala kezaliman, kemungkaran dan penipuan yang dilakukan oleh BN/Umno selama ini?

Mereka menyamun harta rakyat berjuta-juta ringgit, melakukan jenayah dan berbagai lagi kemungkaran, tidak boleh diambil tindakan, rakyat yang lemah di saman RM50 jika tak bayar akan disaman di mahkamah, dimanakah keadilan?

Jika ini berterusan, tunggulah bala dari Allah, malahan sekarang pun sudah banyak bala yang Allah turunkan, cuma orang yang berakal dan beriman saja yang tahu menilainya.

Sanggupkah kita dibangkit di akhirat kelak dikumpulkan bersama-sama pemimpin yang zalim puak penyokong Umno dari kalangan perogol, peragut, murtad, penipu, rasuah, kaki arak judi dan zina dan sebagainya yang pastinya akan ke neraka?

Jika tidak mahu, tinggalkan Umno, bertaubat dan marilah bersama pejuang Islam. Sabda Nabi, "barangsiapa yang menyisihkan diri dari jemaah Islam (Quran dan Hadis) maka matinya umpama seorang jahiliyah" (HR Muslim). - mks.