Presiden PAS lancar manifesto 'Negara Berkebajikan'

Manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan' yang diuar-uarkan sebelum ini akhirnya dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang tadi.


Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih * Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara, * Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah. * Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan * Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat * Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta * Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat * Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita * Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan * Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik * Pemuliharaan Alam Sekitar * Dasar Perpaduan Nasional.