PAS Saujana Utama akan terus memanafaat teknologi yang sedia ada untuk memberi kemudahan kepada semua pihak dan penduduk Saujana Utama khasnya. Oleh yang demikian, kemudahan WEBTVPAS yang sentiasa membuat siaran ceramah secara siaran langsung turut di manafaat bersama. Baru-baru ini PAS Saujana Utama telah menayangkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Kedah dengan menggunakan 'big screen' di hadapan bilik gerakan PAS Saujana Utama. Kelihatan ramai pengunjung-pengunjung yang datang sambil menjamu selera di kedai berdekatan. Kelihatan juga beberapa orang ahli UMNO yang turut bersama. Antara penceramah pada malam tersebut ialahYAB Dato Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan Darul Naim), YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS) dan YAB Tuan Guru Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah Darul Aman)
Pekebun Haram Durian Musang King Raub Belum Buat Keputusan Mahu Failkan
Rayuan Atau Pun Tidak
-
*KUANTAN:* Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan 186
pekebun haram durian Musang King terhadap semakan kehakiman terhadap notis
araha...
1 day ago