Kelab Penyokong PAS Saujana Utama



Kelab Penyokong PAS Saujana Utama yang telah ditubuh semasa ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 30 Jan 2008 yang lepas terus memberi kerjasama yang konsisten kepada kempen pilihanraya kali ke 12 ini. Sdr Ganesh yang dalam ucapannya semasa ceramah DUN dan Parlimen di sini sekali lagi akan meminta agar masyarakat India Saujana Utama perlu berubah demi kesejahteraan masyarakat India pada masa depan. Beliau juga kesal atas kenyataannya telah diputar belitkan dalam media baru-baru ini.

Dalam pada itu, sebahagian masyarakat kaum India di Saujana Utama telah menampakkan kesungguhan untuk bersama dengan PAS di dalam PRU yang akan datang nanti.

Makkal Sakti