PAS Saujana Utama mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan baru Negeri Selangor yang akan memberi bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi merealisasikan janji manisfesto pilihanraya PKR.
Jurucakap Syabas ketika dihubungi dalam sebuah akhbar tempatan berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.
Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.
Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang,
Langgar Syarat Sah Lesen
-
*KUANTAN*: Enam kru termasuk seorang tekong warga tempatan ditahan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang selepas sebuah
vesel ...
6 hours ago