Pak Lah Marakkan Budaya Rasuah

KETIKA Abdullah Ahmad Badawi mula mengambil alih pemerintahan negara, antara ucapannya yang popular adalah: “Marilah bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya.” Abdullah juga berjanji membanteras rasuah, memberi keselesaan kepada rakyat dan memperkenalkan konsep ‘Islam Hadhari’ yang turut mendapat perkenan Presiden Amerika, George Bush.
Belum pun setahun menerajui negara, anaknya Kamaluddin Abdullah diumumkan antara 10 usahawan Melayu terkaya di Malaysia, sementara menantunya, KhairyJamaluddin pula dikaitkan dengan pemilikan saham ECM Libra bernilai RM9 juta secara pinjaman. Antara pembabitan Abdullah dalam urus niaga keluarga dan kroni beliau adalah:

1. Menandatangani kontrak menyokong dokumen syarikat keluarganya untuk mendapatkan kontrak ‘Oil For Food’.

2. ECM Libra (ketika itu menantunyaada kepentingan) membuat keputusan sendiri menjual saham syarikat berkepentingan kerajaan Kumpulan Hospital Pantai kepada Singapura. Setelah itu PM menggunakan wang Khazanah Nasional (anggaran RM100 juta) untuk membeli semula saham Hospital Pantai itu dari Singapura.

3. Ada GLC beroperasi tanpa kawalan kerajaan, akibatnya pada 24 Oktober 2006, dilaporkan TNB rugi RM200 juta di Kalimantan berikutan kontrak yang tidak diuruskan dengan baik.

4. Khazanah Nasional melantik warganegara Singapura sebagai Pengarah Pelaburan, dan dalam masa yang sama saham Telekom dijual kepada Temasek Holding (milik Singapura).

5. Belanja bina Proton City di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 bilion. Tahun 2006, Proton rugi hampir RM50 juta.

6. Menjual MV Agusta (kaitan dengan Proton) dengan nilai 1 Euro.

7. Lambakan pemberian AP kepada kroni Rafidah Aziz. Abdullah tidak berbuat apa-apa.

8. Membatalkan jambatan bengkok menghubung Malaysia-Singapura dengan pampasan ratusan juta kepada Gerbang Perdana. Selepas itu menggantikan dengan projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Johor yang memberi peluang warga Singapura memiliki kepentingan WPI.

9. Memberi kontrak kepada Scomi (milik Kamaluddin) antaranya RM120 juta membina 400 buah badan bas, RM60 juta penyelenggaraan gerabak KTMB; kontrak RM9 bilion projek monorel.

10. Melantik Nor Mohammed Yackop sebagai Menteri Kewangan ke-2 meskipun ada rekod merugikan Bank Negara RM17 bilion.

11. Scomi mendapat kontrak Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd bernilai RM57 juta setahun.

12. FTA dengan Amerika yang akan menekan peniaga dan rakyat Malaysia.

13. Pemberian projek Pulau Wan Man dan Masjid Kristal, Terengganu bernilai RM270 juta kepada Patrick Lim.