Video Ihtifal PASTI Kuala Selangor 2008 di Saujana Utama

Juara Nasyid 'Sepohon Kayu' - IHTIFAL PASTI KUALA SELANGOR 2008



Aksi Juara Cilik - Ihtifal PASTI Kuala Selangor 2008



EHSAN SAUDARA KHAIROL AZLI PUNCAK ALAM

Baca Seterusnya ...

Kuliah Haraki Ustaz Sidek Nor

Ustaz Sidek Nor telah menyampaikan kuliahnya dalam mengisi slot Kuliah Haraki di Markas UPU Pas Saujana Utama pada 5 Ogos 2008. Kira-kira 60 orang telah hadir mengikuti kuliah yang bermula jam 10.00 malam. Dalam ceramahnya, ustaz menyeru agar kita terus mengisi jiwa kita dengan kekuatan rohani agar seruan untuk berjuang dan berjihad dapat disambut tanpa banyak masalah. Walaupun pada masa ini, dengan anugerah kemenangan Pakatan Rakyat yang diperolehi, kita tidak sepatutnya meninggalkan amalan kerohanian yang menjadi tunjang kekuatan diri. Ini termasuklah amalan seperti qiamullail, berzikir, membaca al-Quran, solat sunat dan bersedekah.

Dalam pada itu menurut Ustaz, setiap individu hendaklah bersama-sama memperkuatkan Islam di tempat masing-masing walau dengan apa cara sekalipun. Apa yang penting ialah terus istiqamah dan yakin dengan kerja-kerja Islam.

Ustaz Sidek Nor merupakan Mudir Maahad Tahfiz Qiam, Batu Hampar, Beruas Perak. Maahad Tahfiz ini yang ditubuhkan beliau lima tahun dulu, kini menawarkan dua sistem pengajian iaitu tahfiz dan pondok. Sehingga kini telah ada pelajar dari Maahad berkenaan yang berjaya menyambung pengajian di Timur Tengah. Beliau pernah ditangkap dan ditahan di bawah ISA.


Baca Seterusnya ...

Live dari Taman Melewar di Saujana Utama





Satu Ceramah Perdana Isu-Isu Semasa oleh YB. Dato' Husam Musa & Tuan Haji Mohamad Sabu telah dia adakan pada hari Ahad 3 Ogos 2008 mulai jam 9.30 malam. Ia di bawa Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar menerusi WebTV1. Walaubagaimanapun, kedua-dua penceramah yang dijadualkan tidak dapat hadir, majlis terus dijalankan dengan penceramah Ustaz Idris Ahmad, Ustazah Nuridah dan Sdr Sallehuddin Ayub.

Ceramah tersebut turut disaksikan secara live dari Markaz UPU Saujana Utama. Beberapa penduduk yang berminat hadir untuk mengetahui isu-isu semasa yang sedang melanda senario politik tanah air.

Baca Seterusnya ...

Al-Fatihah



Muslimat Saujana Utama serta pimpinan dan ahli PAS Saujana Utama ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Terengganu, Hajjah Hamidah Daud yang telah kembali ke Rahmatullah di KLIA jam 11.00 pagi (3 Ogos 2008), .
Beliau juga merupakan AJK Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus dan Ketua Muslimat DUN Bukit Tunggal.
Lebih dikenali dengan panggilan Kak Dah dikalangan pertugas Parti tinggal di sebelahan Madrasah Darul Taqwa, Pekan Batu Enam Kuala Terengganu.

Beliau di katakan diserang stroke ketika kembali bersama rombongan muslimat yang membuat lawatan ke Indonesia.

Semasa negeri Terengganu diperintah oleh PAS, Kak Dah merupakan kakitangan urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu(UPNT).

Jenazah beliau dijangka akan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Pekan Batu 6 jam 10.00 pagi esok( 4.8.2008)

Marilah sama-sama menghadiahkan Al-fatihah kepada roh beliau dan berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang beriman."

Baca Seterusnya ...

Ihtifal PASTI Kuala Selangor kali pertama di Saujana Utama




Ahad. 3/8/2008. Majlis Ihtifal (Pusat Asuhan Tunas Islam)PASTI Kawasan Kuala Selangor yang Pertama telah berjaya di adakan di bangunan KAFA Integrasi Darul Syahadah KIDAS Saujana Utama, Sg Buloh hari ini. Pelbagai acara yang ditelah di pertandingkan seperti Hafazan, Azan, Pidato, Bercerita, Sajak dan Nasyid berkumpulan.

Wakil PASTI dari Saujana Utama iaitu,PASTI Aisyah telah berjaya menjadi Johan dalam acara Azan. Dalam acara Hafazan Lelaki, Hafazan Perempuan dan Deklamasi Sajak Lelaki, PASTI Aisyah telah mendapat Naib Johan manakala dalam acara Nasyid, mendapat tempat ketiga. Johan setiap acara akan mewakili Kuala Selangor ke Peringkat negeri. Sementara itu, PASTI Al-Wadi telah muncul sebagai juara keseluruhan.
Pertandingan bermula pada jam lebih kurang 9.15 pagi dan berakhir jam 1.15 tengahari.

Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Ustaz Sallehin B Mukhyi selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor. Beliau dalam ucapannya telah menyatakan “PASTI akan dijadikan pilot dalam menyediakan satu program yang seragam di seluruh Selangor”. Ustaz Solehin Mukhyi yang juga Penasihat PASTI Selangor.Beliau telah dimaklumkan tentang perkara ini menerusi Y. Bhg Dato’ MB Selangor dan peluang ini akan digunakan ke arah untuk standardkan pengiktirafan, emolumen selain pengajaran dengan memanfaatkan instrumen yang ada menerusi kerajaan baru Selangor.

Antara yang turut hadir Ustaz Kamil Bin Hj Sidek Selaku Pengerusi PASTI kawasan Kuala selangor, Sdr Sazali B Turiman Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor serta pimpinan-pimpinan PAS Kawasan.

Terdapat 16 PASTI yang mempunyai lebih kurang 900 orang pelajar berada dalam Kuala Selangor berada di kawasan Kuala Selangor.

Lagi gambar :
http://picasaweb.google.com/sa2pas/IhtifalPASTIKualaSelangor2008
(gambar ehsan Sdr Khairul - Puncak Alam







Baca Seterusnya ...

YB Dr Zul bersama SUTRA di Saujana Utama




Sabtu.19/7/2008.
Alhamdullilah, Majlis Ramah Mesra penduduk bersama YB Dr Zuklfli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Tuan Ibrahim Chin Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan En Zulkifli, yang mewakili Majlis Daerah Kuala Selangor berjalan dengan lancar. Majlis ini juga diserikan dengan kedatangan 3 orang Ahli Majlis Kuala Selangor yang baru dilantik iaitu En Rosham bin Muhammad, En Khairul Annuar bin Ahmad serta En Ahmad Bungsu Hamid Tuah.

YB Dr Zul, dalam ucapan aluannya menyebutkan bagi mendapatkan 'quality of life' semua pihak kena bekerjasama. Gandingan baik dari pihak penduduk serta pihak yang berkaitan seperti pihak Polis, pihak Majlis Daerah, pihak Pejabat Tanah, pihak persatuan penduduk, pihak pejabat daerah, pihak pejabat kesihatan, pihak pungutan Zakat serta lain-lain perlulah merentasi sempadan politik. Penglibatan seperti ini boleh meningkatkan lagi keselesaan penduduk di mana-mana. Katanya lagi kita perlu melihat bagaimana negara-negara maju mengaplikasikan kehidupan yang selesa untuk kita maju kehadapan. Antara perkara pokok dalam hal-hal penduduk dan badan yang berkaitan adalah 'delivery system' iaitu proses penyelesaian sesuatu masalah atau isu-isu di sesuatu kawasan. Secara yakin dan percaya, beliau juga menyatakan peruntukan memang ada, cuma sekarang proses pengagihan peruntukan perlu dibuat dengan bijak.Forum-forum seumpama ini perlu kita teruskan di masa-masa yang akan datang sebagai penutup bicara beliau.



Baca Seterusnya ...