Perjuangan PAS...Membuatkan Dr Yusof Qaradhawi Rasa Tenteram




Dipetik dari Blog YB Paroi, YB Taufek Abd. Ghani

Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Sheikh Dr Yusof Qaradhawi kepada pimpinan PAS sewaktu Tokoh Maal Hijrah 1431H itu mengunjungi pejabat PAS Pusat untuk pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS Pusat.

Banyak lagi pandangan beliau tentang perjuangan Islam di Malaysia, ikuti tulisan sahabat saya Exco Pemuda PAS Pusat, Sdra Abdullah Hj Karim yang turut sama dalam pertemuan tersebut.

"Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :

1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.

3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini".



Baca Seterusnya ...

Khalid Samad: JAIS Masih di Bawah ‘Mindset’ Lama

Umum memahami bahawa kerajaan PR mentadbir Negeri Selangor ketika ini adalah hasil dari perasaan jemunya rakyat terhadap pendekatan dan kaedah pentadbiran BN yang jumud, tidak amanah, mengongkong dan tidak prihatin rakyat. Inilah salah satu faktor utama yang mendorong rakyat untuk mengundi calon-calon PR semasa PRU ke 12 yang lalu. Di antara sistem jumud yang mengongkong yang dilaksanakan BN ialah sistem pentauliahan yang dipengaruhi kepentingan politik. Walaupun dilaksanakan atas alasan 'untuk menjaga kepentingan Islam, supaya ajaran sesat dapat dibendung' dan sebagainya, hakikatnya sistem tauliah sebegini digunakan untuk melarang pendakwah-pendakwah yang berkemampuan dari menyampaikan ceramah dan tazkirah mereka di Masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor. Termasuk dalam golongan yang dinafikan tauliah pada masa itu adalah Dato Dr. Harun Din, Dato Ismail Kamus dan lain-lain. Akibatnya ummat Islam tidak disedarkan akan tanggung-jawab mereka untuk menegakkan keadilan dan kebenaran melalui pemerintahan yang telus, amanah dan bertanggung jawab.

Pentadbiran PR yang mengambil-alih kuasa mulai Mac 2008 berusaha untuk memperbetulkan keadaan dan suasana. Melalui beberapa dasar, termasuk dasar ‘Jejak Ilmuan’, kerajaan PR berusaha untuk mencari dan mengenal pasti peribadi-peribadi ilmuan yang merupakan anak Selangor atau yang bermastautin di Selangor supaya Negeri Selangor akan mendapat manfaat dari ilmu dan kepakaran yang ada pada mereka ini. Keterbukaan kerajaan Negeri kepada sumbangan ide dan pandangan dari golongan ilmuan amat dialu-alukan. Ini amat berbeza dari sikap pentadbiran lama yang hanya ingin mendengar pandangan yang membodek semata-mata. Sebaliknya, di bawah PR, golongan ilmuan diberi penghargaan dan penghormatan dan ilmu yang ada pada mereka dihargai walau apapun aliran fahaman politik dan kaum asal usul mereka.

Walaubagaimanapun, sikap menghargai ilmuan yang dianjurkan oleh kerajaan PR ini tidak sama-sekali dicontohi JAIS yang masih berada di bawah 'mindset' pengurusan BN yang terdahulu. Iaitu mindset yang pada satu ketika dahulu melarang ulama-ulama besar dan terkenal mengajar di Masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor atas sebab kepentingan politik BN. Pengurusan yang telah menutup dan memanggakan surau Seksyen 8 Shah Alam atas sebab menjemput penceramah yang 'tidak bertauliah', walaupun di antara penceramah yang dimaksudkan adalah Dato Ismail Kamus dan Dato Dr. Hassan Ali. Sikap jumud dan mengongkong ini malangnya terus dikuatkuasakan oleh JAIS seperti yang terbukti baru-baru ini dalam kes Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Kalau ilmuan dalam berbagai bidang ‘dijejaki dan dicari’ supaya ilmu mereka dimanfaatkan untuk kepentingan Negeri Selangor, mengapa tidak begitu juga terhadap ilmuan agama atau golongan ulama’? Adakah Negeri Selangor tidak dihambat permasalahan sosial sehinggakan usaha mendidik dan mendakwah tidak lagi diperlukan? Bukankah usaha menimbulkan kesedaran dan keinsafan melalui tazkirah dan kuliyyah oleh ulama' yang berwibawa diperlukan?

Sekiranya sumbangan ke arah ini diinginkan, maka tidakkah sepatutnya JAIS menerajui usaha ‘Jejak Ilmuan’ Islam dan memberi mereka tauliah dengan sikap tawaddhu’ dan positif, dengan menginginkan sumbangan dan keberkatan ilmu golongan ulama’ ini untuk Negeri Selangor? Melalui keterbukaan sebegini yang selari dengan dasar kerajaan Negeri maka akan datang para alim ulama’ dari seluruh negara untuk mengajar dan menabur bakti mereka di Negeri Selangor tanpa syak dan kuathir bahawa mereka akan dihambat dan ditahan oleh pegawai JAIS.

Pepatah ‘Perigi mencari timba’ mungkin sesuai juga untuk digunakan bagi keadaan di mana golongan ulama’ ini diminta memohon tauliah untuk menyampaikan ilmu mereka kepada masyarakat yang dahagakan ilmu. Pada zaman dahulu, para alim ulama’ didatangi oleh pemerintah dan pembesar pembesar untuk mendapat pandangan dan pengajaran. Khalifah Harun Ar-Rashid telah ke rumah ulama' tersohor pada zaman beliau untuk meminta nasihat dan pandangan dan bukan sebaliknya. Pemerintah yang menghargai ilmuan/ulama' akan mendapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Dalam pada itu, Ulama’ yang sentiasa menunggu di pintu istana dan rumah pembesar pula dipandang serong oleh masyarakat dahulu sebagai ulama’ yang inginkan jawatan, kedudukan dan habuan dunia.

Atau adakah JAIS menganggap Islam milik mereka dan diri mereka sebagai pemegang ‘franchise’ Islam untuk Negeri Selangor? Sehingga semua yang ingin bercakap berhubung Islam perlu mendapat izin mereka dahulu? Tidakkah mereka sedar bahawa setiap seorang Muslim berkewajipan menyampaikan mesej Islam dan oleh itu usaha menghalang seseorang bercakap berhubung Islam adalah satu kesalahan? Ya, kita boleh mengambil tindakan terhadap seseorang yang membawa ajaran sesat dan tidak betul, tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan terhadap seseorang yang bercakap mengenai Islam semata-mata kerana tidak ada tauliah!

Oleh itu, pendekatan terhadap persoalan tauliah ini mestilah berbeza dari apa yang diwarisi dari BN. Pentauliahan dilaksanakan dengan kefahaman bahawa ianya hanya satu kaedah untuk memantau dan memudahkan rakyat mendapat penceramah dan pendidik yang diiktiraf terlebih dahulu keupayaannya, bukan untuk mengongkong usaha dakwah. Usaha dakwah dan mendidik perlu disokong, diperbanyakkan dan dipermudahkan.

Sekiranya dikenali kemampuan seseorang, beliau seharusnya terus diberi tauliah. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai kelulusan pendidikan agama. Bagi yang tidak mempunyai kelulusan formal ini, maka dipantau kuliyyah dan tazkirahnya dari masa kesemasa. Sekiranya perlu, dipanggil dan ditemuramah. Jika ada kekurangan, maka ditegur dan dipertingkatkan. Semestinyalah ada kemampuan pada diri seseorang sekiranya terus dijemput untuk berucap dalam majlis terbuka. Pada kebiasaannya yang sesat dan salah diajar melalui majlis tertutup. Sekiranya didapati orang itu mampu menyebarkan dakwah Islam, maka diberi juga tauliah kepadanya lebih-lebih lagi sekiranya seseorang itu mampu menarik minat di kalangan masyarakat jelata untuk datang mendengar kuliyyah agama yang disampaikan.

Dalam pada itu, segala usaha dakwah perlu dipantau dari sudut ketepatan ajaran yang disampaikan dan tindakan diambil sekiranya ada yang tidak betul dan hanya di atas sebab tidak-betulnya tazkirah dan kuliyyah seseorang itu, bukan di atas sebab tiadanya tauliah.

Kita seharusnya sedar betapa meruncingnya masalah yang melanda manusia dan ummat Islam dewasa ini sehingga tidak wujudnya perasaan takut untuk melakukan kemungkaran, penyelewengan dan kezaliman. Kita mesti menyokong segala usaha ke arah mendidik rakyat berhubung agama Islam supaya masalah ini akan diatasi.

Malangnya, pendekatan yang baru seperti ini tidak mampu dibawa golongan yang masih berpikiran mengikut cara lama. Golongan yang berfikiran mengongkong dakwah tidak mungkin mampu menghayati dasar menyemarakkan dakwah dan jelas bercanggah dengan Misi JAIS sendiri iaitu “Menguruskan Hal Ehwal Islam Secara Hikmah, Amanah dan Berkesan”. Oleh itu, harus dilakukan rombakan yang sewajarnya supaya akan terhasil perubahan yang amat di perlukan ini. Iaitu satu perubahan yang dapat mengelak dari berlakunya keadaan di mana ulama' disaman kerana mengajar agama. Satu imej yang cukup negatif dan bercanggah dengan imej PR yang pro-ilmu dan juga pro-ilmuan dan ulama'.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Baca Seterusnya ...

Sumbangan Berbuka Puasa dan Moreh oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN N12 Jeram

22 Ogos 2009. PAS Saujana Utama telah diberikan beberapa sumbangan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun N12 Jeram sempena bulan puasa pada tahun ini. Sumbangan ini telah diedarkan kepada beberapa buah surau di sekitar Saujana Utama. Sumbangan berupakan Milo, susu, kordial, dan teh bagi tujuan berbuka puasa dan moreh.





Baca Seterusnya ...

Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin di Kuala Selangor

20 Ogos 2009. Satu Majlis Makan Malam dan Diskusi Isu Semasa bagi mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks PAS Kuala Selangor telah diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Majlis diserikan dengan kehadiran Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin dan juga Dr Dzulkefli Ahmad. Program dimulakan dengan jamuan makan, pemberian sijil wakaf serta forum su-isu semasa. Pas Saujana Utama dan PASTI Aisyah SU juga turut membeli wakaf bagi dana tersebut. Majlis ini juga turut dihadiri oleh penduduk Kuala Selangor dari pelbagai kaum. Dato Seri Nizar dalam forum, banyak memberi penerangan berhubung dengan krisis di Negeri Perak, dan beliau menarik perhatian para hadirin dengan menggunakan kelebihan beliau menggunakan pelbagai bahasa terutama bahasa Cina dan bahasa India. Program ini juga telah dibuat liputan oleh pasukan bloggers perakekspress, liputan mereka boleh didapati dari http://perakexpress.com/www/2009/08/21/sekitar-program-dato-seri-di-kuala-selangor/







sisa postingan sampai selesai

Baca Seterusnya ...

Nik Aziz Jawab Majlis Fatwa

Baca Seterusnya ...

Video Panas : Nik Aziz Jawab Putar Belit

Baca Seterusnya ...

PAS SAUJANA UTAMA MENGUCAPKAN SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENDUDUK PERMATANG PASIR.
UNDILAH CALON PAS

Baca Seterusnya ...

Justice For Teoh Beng Hock, KLSCAH (23.07.2009) oleh Dr Zulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor



Baca Seterusnya ...



Ahli Jawatankuasa PAS Saujana Utama mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh warga Saujana.

Baca Seterusnya ...

Bebaskan Umat Islam daripada Najis Arak



Telah banyak diperkatakan dan diperbincangkan, hanya menanti bilakah akan datang penyelesaiannya.

Baca Seterusnya ...

Undian: ISA zalim, tuntut mansuhkan


Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.

Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.

Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".

Akta ISA sering menjadi topik perbahasan hangat antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang dan aktivis hak asasi.

Demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama Pakatan Rakyat, Sabtu lalu, mencipta rekod perhimpunan terbesar dalam sejarah negara menentang akta kontroversi itu.

Baca Seterusnya ...

Papan Tanda PAS Saujana Utama Mencuri Tumpuan

Pemasangan papan tanda PAS Saujana Utama telah dilakukan secara bergotong royong oleh beberapa ahli pada petang 19 April 2009. Semoga dengan berdirinya papan tanda yang menarik itu, dapat menarik lebih ramai ahli serta komitmen ahli sedia ada dalam bergerak dan meneruskan itltizam memantapkan parti.

Papan tanda tersebut dipacakkan berhampiran simpan empat yang mempunyaia laampu trafik. Mungkin itu tempat yang paling strategik. Turut diadakan ialah pemasangan papaan tanda bagi PAS Cawangan Seri Pristana. Rekabentuk papan tanda adalah menurut format standard bagi Parlimen Kuala Selangor.

Terima kasih atas semua yang telah turun membantu menyiapkan kerja-kerja pemasangan papan tanda tersebut.

Baca Seterusnya ...

Forum : Najib Razak & Kematian Altantuya



Sila klik gambar berkenaan untuk membesarkannya.

Baca Seterusnya ...

Kedai Gunting Rambut Al-Qamar Kini Dibuka

Kedai Gunting Al-Qamar yang terletak di Markas PAS Saujana Utama kini dibuka kepada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut. Dengan harga yang amat berpatutan berbanding dengan kedai gunting sekitar, orang ramai tidak harus melepaskan peluang ini. Kadar untuk dewasa ialah RM 7, manakala pelajar sekolah RM 5 dan kanak-kanak hanya RM 4 sahaja.

Waktu perniagaan pula adalah sebagaimana berikut :-

Selasa - Khamis : 6.30 petang - 10.00 malam

Sabtu - Ahad : 12.00 tengahari - 9.00 malam

Isnin & Jumaat : Cuti

Baca Seterusnya ...

Berjayakah Pakej Stimulus Kedua ?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad ( MP Kuala Selangor )

Wed | Mar 11, 09 | 3:23:36 pm MYT

Akhirnya kerajaan bersedia menerima hakikat bahawa negara akan ditimpa seluruh impak buruk krisis kewangan global. Baguslah, walaupun agak lambat. Sejak November lalu, Pakatan Rakyat mahu kerajaan bertindak segera bagi mengelakkan penguncupan dan menangani kelembapan ekonomi. Betul kita tidak terkesan dengan krisis sub-prima kerana pendedahan kita terlalu minimumterhadap segala produk-produk canggih derivatif gadai-janji sekuriti ciptaan genius kewangan Barat. Tetapi lain pula halnya dengan negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Singapura dan Timur Tengah.

Semua negara-negara ini sedang mengalami kemelesetan ekonomi dengan membawa satu senario ngeri yang bakal ditanggung rakyat masing-masing. Ia persis kelembapan ekonomi tahun 1929 dalam "The Great Depression". Kini kemelesetan pertumbuhan di United Kingdom sebanyak -2.8% peratus, Jepun -2.6% dan Singapura -4.9%. Kini kita mengakui pertumbuhan negara hanya sebanyak 0.1% pada suku akhir 2008, berbanding 4.7% pada suku ketiga 2008.

Bahawa negara akan mengalami kemelesetan atau 'recession' bukan lagi suatu ramalan bahkan hakikat yang pasti. Ia bukan sukar untuk difahami seperti ilmu sains roket. Jumlah ekspot menjunam sebanyak 27.8% pada bulan Januari 2009 sementara Indeks Pengeluaran Industri (IPI) merosot sebanyak 15.6% pada bulan Disember 2008. Sumbangan IPI adalah hampir40% dari jumlah seluruh ekonomi negara. Rizab Antarabangsa hanya tinggal RM316 bilion pada bulan Disember 2008, berbanding RM410 bilion pada bulan April 2008.

Pengurangan permintaan barangan kita, pengurangan rizab negara, pelebaran defisit fiskal, antara lain, akan sekali gus mengurangkan nilai ringgit Malaysia (RM) yang kini kehilangan sebanyak 7% berbanding Dolar Amerika. Penarafan Negara atau 'Sovereign Rating' telah turun ke paras single 'A' serentak menyukarkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan penambahan kos pinjaman dalam bondan hutang (gearing) serentak menjadikan negara kita tidak menarik dan kompetitif bagi pelabur asing mahupun tempatan.

Unjuran pemberhentian pekerja adalah sebanyak 200,000 menjelang hujung 2009.Suntikan kedua RM60 bilion? (bold)Sejumlah RM60 bilion dikatakan akan disuntik dalam tempoh dua tahun; 2009 dan 2010. Jumlah ini agak besar, hampir 10% dari seluruh ekonomi negara atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kalau benarlah disuntik sejumlah ini akan melebarkan defisit fiskal hampir kedua angka atau 'double digit'.

Tetapi penulis yakin suntikan fiskal hanya seperti yang dinyatakan yakni RM15 bilion, selainnya bolehlah dianggap sebagai dalam alam khayalan dan angan-angan lagi. Sumber Dana Jaminan, Pelaburan Ekuiti, kaedah PFI dan juga cara insentif cukai tidak merupakan satu yang pasti. Tidak salah berangan-angan, cuma jangan terlalu nak mendodoi rakyat. Lebih baikmencelikkan rakyat dengan hakikat yang sebenarnya.

Kalau tidak keterlaluan, penulis ingin bertanya Menteri Kewangan, apa sudah jadi dengan RM7 bilion pakej rangsangan pertama. Apakah ia sudah habis disuntik? Dalam sektor mana? Bila dan apa kesannya? Apakah ia menepati sasaran dan matlamat rangsangan? Apakah ia brjaya atau gagal? Terlalu banyak yang masih belum diketahui dan didedahkan.

Ketelusan dan pertanggungjawaban

Ini kunci permasalahan urus-tadbir dinegara ini! Ketelusan dan pertanggungjawaban. Urus-tadbir Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama dalam pengurusan krisis kewangan ini boleh disemak dalam satu website economyincrisis.com. Setiap perbelanjaan dana suntikan adalah terbuka dan telus kepada rakyat.

Sudah sampai waktunya kerajaan BN memahami bahawa mereka tidak lagi boleh meneruskan urus-tadbir yang buruk dan membuat keputusan yang buruk. Urus-tadbir yang buruk dan keputusan yang buruk hanya boleh dihasilkan oleh kepimpinan yang buruk. Sehingga kini,persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinan negara masih tidak dapat diubah selagi gelagat dan tabiat lama dikekalkan.

Benar krisis ini adalah dicetuskan faktor luaran dan mendatang. Benar, tidak ada negara yang dapat mengelak dari terkena bahananya disebabkan sifat ekonomi dunia yang terbuka kecuali kalau kita mengamalkan ekonomi tertutup dan menjana ekonomi hanya dari permintaan domestik (closed-loop economy).

Namun perlu ditegaskan bahawa negara ini tidak lagi bersedia untuk ditadbir kepimpinan yang tidak punya integriti, bahkan mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan nepotisme. Semua ini akan meningkatkan kos perkhidmatan serta pembuatan produk-produk di negara ini sekaligus menjejaskan daya-saing negara. Tender terbuka dan memberi pihak yang mampu melakukan dengan kos perunit terendah adalah ukuran utama dalam pemberian sesuatu kerja atau kontrak.

Berjuta bahkan berbilion ringgit mampu diselamatkan dengan mempastikan amalan urus-tadbir baik.Penerusan amalan buruk ini tegasnya akan menjadi punca utama kegagalan program pakej rangsangan kerajaan, walau sebanyak mana sekalipun disuntik. Setelah komitmen yang bulat oleh semua pihak untuk menutup lubang-lubang kebocoran, maka aspek kedua yang penting diperhatikan ialah ke manakah suntikan rangsangan itu dibuat?

Perlu ditegaskan bahawa yang hendak dicapai dalam mengelakkan ekonomi negara daripada terus terjerumus dalam kelembapan dan kemelesetan ialah bagi meningkatkan permintaan.Dalam waktu terdekat krisis ini, amat munasabah untuk tidak mengharapkan rakan dagang kita membuat permintaan ekspot barangan dan perkhidmatan kita. Blok dagangan baru seperti BRIC (Brazil, Russia, India dan Cina) juga turut terjejas walaupun tidak seteruk Amerika dan Eropah atau Jepun.

Meningkatkan permintaan domestik dengan berbelanja

Maka kerajaan hanya boleh mengharapkan peningkatan permintaan domestik, yakni rakyat di negara kita sendiri. Bagi menjayakan agenda dan cita-cita ini, rakyat perlu diberi keupayaan membeli dengan meningkatkan pendapatan bolehguna mereka (disposable income). Ini termasuk selain dari makanan seperti pembelian rumah hartanah, kereta, bahan eletrikal dan elektronik, termasuk bercuti dan lain-lain.Kaedah paling berkesan untuk mempastikan rakyat mempunyai wang dan dana untuk berbelanja adalah memberi wang tunai terus kepada rakyat.

Negara seperti Singapaura dan Australia mengamalkan polisi ini. Potongan sumbangan pekerja mahupun pihak syarikat kepada KWSP belum pasti diterima rakyat atau syarikat kerana mereka tahu bahawa ini mengorbankan simpanan usia tua mereka.Mustahak untuk kerajaan memahami psikologi rakyat dalam krisis kerana mereka kurang senang untuk berbelanja kerana takut dan cemas akan ketidaktentuan krisis. Mereka lebih selesa menabung, dan bukan berbelanja.

Kalau berlaku sedemikian maka penguncupan permintaan akan menjadikan situasi lebih parah dan pihak pengilang akan memberhentikan lebih ramai pekerja.Disamping suntikan terus kepada rakyat yakni semua segmen rakyat dari pelbagai latar belakang status sosial dan pendapatan, perkara seterusnya adalah untuk memahami dalam sektor apakah suntikan harus dibuat?Spontan jawapan ini selalu dijuruskan kepada infrastruktur; lebih besar adalah lebih baik.

Perbelanjaan RM5 bilion untuk lebuhraya, jambatan atau landasan keretapi merupakan 1% daripada KDNK. Namun kali ini, kerajaan perlu faham bahawa mereka tidak seharusnya terlibat dalam usaha 'pump-priming' secara tradisional, yakni dalam infrastruktur sahaja.

Perusahaan kecil dan sederhana

Kerajaan wajar menumpukan sector perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana peranannya yang penting dalam ekonomi negara. Sumbangan PKS kepada KDNK ialah sebanyak 32% sementara ia menyumbang lebih 56% tenaga pekerja dalam negara. Skim Jaminan Modal Kerja sebanyak RM5 bilion adalah cukup memberangsangkan. Penjanaan pekerjaan adalah besar sekali gus dengan kesan bergandanya juga adalah penting.

Elakkan dari membuat suntikan ke atas sektor spekulatif dan akhirnya tidak menjadikan rakyat mendapat menafaat kecuali bagi pihak pemaju atau pembekal bahan-bahan pembinaan. Sudah terlalu banyak projek rumah yang terbengkalai. Kita perlu berfikir di luar kotak dalam menggarap cabaran perumahan ini. Benar, bidang pembinaan melibatkan 120 sektor berkaitan, tetapi cuba pastikan kesan bergandanya dan matlamatnya kesampaian.

Sudah terlalu lama isu perumahan tidak ditangani dengan baik dan tuntas.Banyak lagi aspek-aspek terperinci yang perlu diperhatikan termasuk pelaburan dalam industri hijau, dan lain-lain lagi. Namun selama wujud komitmen dan iltizam politik untuk melakukan yang terbaik dengan urus-tadbir yang kompeten dan bertanggungjawab, krisis ini akan terus mematangkan seluruh rakyat, sama ada di pihak pembuat polisi, pelaksana polisi dan penerima kesan polisi yakni rakyat.

Akhirnya, ia kembali kepada semua kita. Mengungkap sepatah kata hikmat Mahatma Ghandi: Jadilah engkau perubahan yang engkau cita-cita untuk saksikan di dunia ini! Andainya kita gagal lakukan ini, maka kitalah musuh utama bagi diri kita sendiri.

Dengan itu sayugia diingat akan maksud firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kau katakan apa yang kau tidak lakukan?" - azm

(Dr Dzulkefly ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan Ahli Parlimen Kuala Selangor

Baca Seterusnya ...

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana Ajaran Nabi Dalam Pemerintahan

Dr Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat. Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini. Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

Baca Seterusnya ...

Bapa Pengerusi PAS Saujana Utama Meninggal Dunia

Bapa kepada Sdra Rosli Mohd Hussain ( Pengerusi PAS Saujana Utama ), iaitu Mohd Rosli bin Ali telah meninggal dunia di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur pada jam 10.30malam, 3 Mac 3009 kerana jangkitan paru-paru. Allahyarham telah dimasukkan ke wad Hospital Tawakkal pada 2 Mac 2009 setelah mengadu letih-letih badan. Sebelum ini, allahyarham sering menerima rawatan di hospital yang sama akibat penyakit batu karang.

Merupakan bekas pendidik, allahyarham meninggal dunia pada usia 81 tahun. Sdra Rosli Mohd Hussain adalah anak sulong allahyarham dari 7 orang adik beradik. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kuala Garing, Rawang kira-kira jam 12.30 tengahari. Semasa kita doakan semoga roh allahyarham dicucuri rahmatNYA.


Baca Seterusnya ...