Ziarah Muslimat PAS Ke Rumah Mangsa Lukemia

Adik Norzatie Sazwani, 9 tahun menderita akibat penyakit yang dipanggil Child Common Lukemia atau CCL. Murid SK Saujana Utama ini mula dikenalpasti menghidap penyakit CCL setelah mengalami demam yang teruk semasa cuti sekolah yang lalu. Setelah cuba mendapatkan rawatan daripada beberapa buah klinik di sekitar Saujana Utama, beliau akhirnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur ( HKL ).

Akibat daripada penyakit yang dialami, adik Norzatie terpaksa sering menutup mulutnya dan memerlukan penjagaan yang rapi selain berulang menerima rawatan kimotrapi di HKL. Oleh itu beliau juga terpaksa bercuti daripada sekolah bagi mengelakkan diri daripada menerima sebarang jangkitan penyakit daripada orang lain disebabkan antibodi yang lemah. Menurut ibunya Pn Suhaili, walaupun dijangkakan anaknya bercuti selama 2 tahun, para doktor berkata penyakit anaknya tidak begitu kritikal dan dijangka boleh pulih kerana tidak melibatkan sum-sum tulang.

Ketika ini, Pn Suhaili yang bertugas di salah sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya terpaksa mengambil cuti sebulan. Kepada sesiapa yang ingin membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh dua beranak ini, bolehlah mengunjungi beliau di No BG02, Apartmen Lily Saujana Utama 2. Muslimat PAS Saujana Utama telah berkunjung ke rumah beliau pada 14 Jun yang lalu.