Isu bantah konsert: PAS akan terus relevan dan kekal

Dewan Pemuda PAS Pusat, malah seluruh pemuda Islam sangat konsisten dalam menentang dan membantah apa jua aktiviti dan penganjuran yang bersifat maksiat dan mengundang murka ALlah swt. Demikian menurut Ustaz Nasrudin Tantawi.

Sewaktu Kerajaan UMNO dan BN menganjurkan pelbagai konsert hiburan yang keterlaluan seperti Konsert Dangdut Goyang Gerudi Inul Daratista , Scorpion dan lain - lain , Dewan Pemuda PAS Pusat turun menggerakkan setiap insan yang perihatin terhadap kesan langsung dari konsert seperti ini kepada indeks keruntuhan akhlak dan moral masyarakat untuk keluar membantah.

Bantahan tersebut bukan kerana ia ia diluluskan oleh kerajaan UMNO dan BN tetapi kerana aktiviti itu adalah nyata tidak menepati kehendak syara' dan kami tidak boleh berkompromi dalam perkara yang boleh mengundang murka Allah swt.

Menjadi tanggungjawab kami mencegah mungkar dan mendidik masyarakat agar tidak terjebak dalam perangkap mungkar dan maksiat.

Andainya aktiviti serupa mahu dianjurkan atau diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat , maka Dewan Pemuda PAS Pusat juga mempunyai sikap yang sama justeru ianya adalah aktiviti yang boleh melebarkan ruang maksiat dan mungkar untuk terus bertapak kukuh dalam negara kita.

Meskipun PAS adalah parti anggota kepada Kerajaan Pakatan Rakyat , ini tidak bermakna kita boleh membenarkan aktiviti yang tidak bermoral dilakukan melainkan Pemuda PAS tetap akan melaksanakan tanggungjawab asasnya untuk mencegah mungkar dan menegakkan yang makruf.

Syabas saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Selangor terhadap memorundum mereka membantah konsert Ella dan Mas Idayu yang bakal berlangsung di Selangor kelak .

Nasihat saya agar semua pihak khasnya pemegang amanah rakyat selaku pemimpin , bahawa kalian adalah turut bertanggungjawab kepada Allah untuk menjawab dan membentangkan apa jua aktiviti yang dilakukan , maka pastikan kita tidak mengundang murka Allah swt kerana kelak padah dan binasa .