Sekitar Ceramah Isu Semasa 19 Jun 2008

Satu majlis Ceramah Isu Semasa telah diadakan di Markas UPu Saujana Utama pada hari Khamis 19 Jun 2008, jam 9.30 malam. Sebanyak 3 penceramah telah dijemput bagi mengupas isu-isu semasa dalam kancah politik negara. Turut diadakan ialah penyerahan borang permohonan tambahan ahli Kelab Penyokong PAS.


Ustaz Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap memulakan gelanggang dengan banyak menyentuh, tindakan penerimaan awal rakyat terhadap kemenangan PR di sana serta beberapa tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang dilaksanakan satu persatu walaupun dilihat agak perlahan. Beliau turut menyentuh tentang isu pembalakan yang timbul dalam media masa ketika ini yang suatu ketika dahulu ramai yang tidak mengetahui rupanya ada kegiatan pembalakan bersekala besar di Kedah. Beliau juga mendedahkan kegagalan menteri serta para timbalan menteri ‘baru’ di Parlimen yang dianggap ‘gagal’ berhujah dan melaksanakan peranannya apabila diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak pembangkang. Ustaz Nasir terpaksa beredar awal daripada majlis kerana terpaksa kembali semula ke Kedah dengan menaiki bas.


YB Cha Kee Chin yang juga ADUN Bukit Kepayang Negeri Sembilan ( DAP ), meminta rakyat pula banyak membandingkan apa yang berlaku dalam PRU12 berbanding dengan sebelumnya di mana fobia antara kaum dan parti pembangkang semakin berkurangan. Ini terbukti apabila orang Cina tidak ‘takut’ untuk mengundi PAS dan sebaliknya orang melayu mengundi DAP. Beliau melahirkan betapa bertuahnya rakyat Selangor yang diperintah oleh PR berbanding dengan keadaan di Nageri Sembilan. Namun beliau optimis yang kerajaan akan ‘bertukar’ dalam masa dua atau tiga bulan lagi.


Ustaz Misbahul Munir, Setiausaha Politik MB Perak juga menyentuh tentang detik-detik awal pembentukan kerajaan Perak, pengalaman menerima sokongan rakyat sepanjang kempen PRU12 serta cabaran yang dihadapi lantaran penerimaan rakyat yang berbagai. Menurutnya tiada siapa yang menyangka PR boleh menang dan wakil PAS menjadi Menteri Besarnya sedangkan Pas hanya menang 6 kerusi berbanding 7 PKR dan 18 DAP. Walaupun telah memerintah, program ceramah bagi menerangkan isu-su semasa kepada rakyat tetap dijalankan disebabkan sekatan media khususnya Radio di Perak. Ustaz Mibahul Munir merupakan Setiausaha Penerangan PAS Malaysia, Ketua Penerangan PAS Perak dan YDP PAS Kawasan Bagan Datoh. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains Politik dan pernah menjadi guru sekolah kerajaan sebelum berhenti dan bergiat cergas dalam dakwah dan politik.