Utusan Malaysia memaparkan bahawa PAS mengeluarkan 'fatwa' membenarkan calon mengumpat. Oleh yang demikian inilah senjata Barisan Nasional untuk memburuk-burukkan lagi PAS. Ini termasuklah segolongan manusia yang menghuni di Saujana Utama ini. Walaubagaimanapun, Tuan Guru Nik Aziz baru-baru menerangkan bahawa terdapat ruang-ruang yang mana Islam membenarkan umatnya menceritakan keburukan seseorang demi kebaikan umat seluruhnya bagi menjaga keselamatan masyarakat terbanyak, dan pada waktu itu mendedahkan keburukkan orang yang merosakkan adalah menjadi wajib atau dengan lebih tepat lagi dalam pilihanraya kali ini ialah mendedahkan keburukan-keburukan pemimpin yang merosakkan kehidupan masyarakat lebih-lebih lagi masyarakat yang berbilang kaum. Penerangan Tuan Guru boleh di dapati di
http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=5771
2. Mendedahkan perbuatan mungkar seseorang supaya dia meninggalkan maksiat tersebut.
3. Mendedahkan kezaliman seseorang untuk menuntut hak dan keadilan.
4. Mendedahkan kefasikan dan kezaliman seseorang kepada orang yang belum mengetahuinya bagi mengelakkan mereka bersahabat dengan si fasiq atau si zalim itu.
5. Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali melainkan dengan menyebut keaiban yang ada pada dirinya.
6. Menyebut akan sifat keji orang yang masyhur dengan kezaliman, kefasikan atau kejahatannya.