Oleh escortmatsabu
"BACHOK, 5 Mac (Hrkh) – ‘Tipu hidup-hidup’ - lapor akhbar Siasah sebelum ini terhadap ‘main silap mata’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap cadangan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum ini. Akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan apabila Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat pada kuku atau jari pengundi semalam. Sebelum ini SPR seperti tidak yakin dengan keputusannya sendiri bagi menggunakan dakwat, apabila tidak melakukan sebarang pindaan terhadap akta pilihan raya.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, SPR akhirnya terbukti tunduk terhadap desakan Umno dan Barisan Nasional setelah melihat gelombang kebangkitan rakyat tidak lagi berpihak kepada mereka. “Tekanan yang begitu hebat terhadap Umno dan BN akhirnya menyebabkan SPR sebuah badan yang kononnya didakwa bebas terpaksa akur dengan kehendak pemerintah. “Andaian yang dibuat banyak pihak sebelum ini termasuk Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) sudah menjadi kenyataan sekarang hanya dua hari lagi menjelang hari mengundi,” katanya di sini.
Ketua Polis Daerah Bentong: Dua Laluan Di Genting Highlands Masih Lagi
Ditutup Dan Dikawal 24 jam
-
*BENTONG: *Jalan ke Amber Court dan Ion D'element, Genting Highlands yang
terlibat dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Jumaat lalu masih ditutup
kepada...
3 days ago