Biodata Calon:
Nama: Dr Hj Dzulkefly Ahmad
Asal : Rembau, Negeri Sembilan
Kediaman : Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Umur : 52 tahun
Kerjaya : Ahli Politik dan Ahli Perniagaan.
Status: Berkahwin, seorang isteri Puan Azlin Hj Hezri. Dikurniakan 7 orang anak dan 4 orang cucu.
Latarbelakang Pendidikan:
Mendapat Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) dari Imperial College (St. Mary’s Hospital), Universiti London (1993) dalam bidang Sains Perubatan (Keracunan) dan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama. Mengikuti kursus dalam Ekonomi dan Kewangan Islam dalam tahun 1998-99.
Pengalaman Kerjaya dalam Pendidikan dan Perniagaan:
Bekas pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang (1984-1989) dan HUSM, Kelantan (1993-1997). Bekas Pensyarah tamadun Islam di USM (1987-1997).
Bekas anggota British Toxicology Society (BTS) dan Asia Pacific Association of Medical Toxicology (APAMT).
Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Jaiputra, Kelantan (1999-2003), IPTS pertama berakreditasi penuh oleh Kementerian Pendidikan menjalankan kursus bersepadu ciptaan sendiri gandingan professional dan agama.
Bekas Konsultan di sebuah syarikat pengurus asset (Metrowangsa Asset Management) (1999-2001), Kuala Lumpur.
Bekas Pengarah (2003-2004) sebuah Syarikat Awam Tersenari (PLC-Main Board) di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Penasihat Kanan sebuah syarikat hartanah milik rakyat Saudi di Kuala Lumpur (2005 sehingga).
Peranan Beliau Di Pentas Masyarakat Sivil dan Politik:
• Bekas pemimpin Pergerakan Mahasiswa di United Kingdom (70an dan 80an).
• Bekas Aktivis Masyarakat dalam sebuah badan bukan-kerajaan (JIM) 1997-1998).
• Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (1998 sehingga kini)
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2004 sehingga kini)
• Ahli Jawantankuasa Lujnah Politik PAS Pusat (2004 sehingga kini)
• Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungann Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH, 2006 sehingga kini).
• Penganalisis Politik dan Penulis di halaman media (sehingga kini) dan juga diundang membentang kerta kerja di peringkat nasional dan antarabangsa (pembangunan ekonomi, perhubungan kaum dan pertembungan tamadun Islam-Barat).
• Menerbit sebuah buku analisa politik berjudul ”BLIND SPOT”
Tawaran Calon
Berbekalkan ilmu dan pengalaman pahit getir perjeuangan, sehingga sanggup dipenjarakan demi kebenaran dan keadilan untuk semua, dengan segala keyakinan dan penuh rendah diri, saya menawarkan kepada penduduk dan pengundi P96 Kuala Selangor, komitmen berikut:
i. Memberikan khidmat terbaik dan menjadi suara penghubung dan ’semak-imbang’ Kuala Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya, di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
ii. Mempastikan perlaksanaan polisi-polisi yang meningkatkan sumber pendapatan rakyat dirancang dan dilaksanakan secara berkesan bagi mendekatkan jurang antara golongan kaya-miskin.
iii. Membenteras polisi-polisi yang mengutamakan segelintir elit tertentu dengan mengorbankan pengguna dan rakyat teramai seperti monopoli dan pemberian permit yang tidak adil sehingga rakyat tercekik dengan harga yang tinggi dan akta kawalan gagal dilaksanakan.
iv. Mempastikan pembelaan rakyat teramai di segi keperluan kesihatan dan pendidikan dengan mengelakkan skema penswastaan perkhidmatan kesihatan dan keperluan pendidikan sehingga ijazah dibiayai (percuma) oleh kerajaan.
v. Menitik-beratkan peluang pekerjaan dan memastikan pembangunan menjana pekerjaaan bagi rakyat khususnya bagi graduan menganggur.
vi. Mempastikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan SRJ (Cina dan Tamil) di bela dengan sejumlah peruntukan berdasarkan jumlah murid serta memperkukuh jalinan persefahaman antara-kaum, budaya dan agama.
vii. Mempertahankan hak asasi rakyat mendapat pembelaan agama dan budaya dan hak politik serta hak mendapat maklumat tanpa kekangan akta dan undang-undang.
KOMITMEN SAYA:
” MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT DAN NEGARA. “
MERUBAH BERSAMA RAKYAT
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
Ketua Polis Daerah Bentong: Dua Laluan Di Genting Highlands Masih Lagi
Ditutup Dan Dikawal 24 jam
-
*BENTONG: *Jalan ke Amber Court dan Ion D'element, Genting Highlands yang
terlibat dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Jumaat lalu masih ditutup
kepada...
3 days ago