Misi Penghantaran Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri

Satu Misi Bantuan Sumbangan Hari Raya di kelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras Dun Jeram(JPD) Zon Saujana Utama telah diadakan pada 21 September 2008. Misi dimulakan dengan perbincangan ringkas di kalangan Pakatan Rakyat iaitu PKR dan PAS Saujana Utama. Misi bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. Mereka yang telah diberikan bantuan adalah mengikut mereka yang layak (14 Keluarga) menerima zakat di Saujana Utama. Bantuan berupa beras, gula, susu serta wang tunai.

Selain dari menghantar bantuan sumbangan, pasukan misi juga telah sempat beramah mesra dengan mengadakan perbincangan serta mendapat maklumat-maklumat penting bagi bantuan akan datang. Semasa menceritakan masalah-masalah yang dihadapi, terdapat juga suasana yang menyedihkan sehingga penerima sumbangan mengeluarkan air mata dan memeluk pasukan misi. Suasana haru ini sungguh menginsafkan pasukan bantuan misi ini. Di samping itu, penerima sumbangan mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Saujana Utama yang telah memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung.















Baca Seterusnya ...

Majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor

dipetik dari www.saujanautama.net

Satu majlis Berbuka Puasa Perdana Surau Al-Hidayah telah diadakan pada 7hb September 2008. Turut hadir dalam majis tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Zulkefly Ahmad. Kira-kira 200 orang telah hadir dalam majlis tersebut. Sebelum masuk waktu berbuka puasa, YB turut memberikan tazkirah.

Dalam tazkirahnya, YB menyeru kita tidak sekadar mengarap pahala sebanyak mungkin semasa bulan puasa ini, tetapi juga mengambil perhatian terhadap 4 KPI sebagai natijah daripada ibadah Ramadhan. Pertama ialah taqwa atau takut dalam erti kata sekiranya dibacakan ayat-ayat Allah, maka mereka rasa gerun. Kedua terus cenderung beramal dengan ayat atau titah perintah Allah serta menjauhi larangannya. Ketiga, redha dengan apa dan ketentuan yang diterima daripada Allah setelah segala usaha terbaik dilakukan. Keempat, keyakinan suatu masa kita akan meninggalkan dunia ini untuk berada di mahkamah Allah.



Baca Seterusnya ...