Satu Misi Bantuan Sumbangan Hari Raya di kelolakan oleh Jawatankuasa Penyelaras Dun Jeram(JPD) Zon Saujana Utama telah diadakan pada 21 September 2008. Misi dimulakan dengan perbincangan ringkas di kalangan Pakatan Rakyat iaitu PKR dan PAS Saujana Utama. Misi bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. Mereka yang telah diberikan bantuan adalah mengikut mereka yang layak (14 Keluarga) menerima zakat di Saujana Utama. Bantuan berupa beras, gula, susu serta wang tunai. Selain dari menghantar bantuan sumbangan, pasukan misi juga telah sempat beramah mesra dengan mengadakan perbincangan serta mendapat maklumat-maklumat penting bagi bantuan akan datang. Semasa menceritakan masalah-masalah yang dihadapi, terdapat juga suasana yang menyedihkan sehingga penerima sumbangan mengeluarkan air mata dan memeluk pasukan misi. Suasana haru ini sungguh menginsafkan pasukan bantuan misi ini. Di samping itu, penerima sumbangan mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Saujana Utama yang telah memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung.
Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Program Penanaman Pokok Wasco Forest
Fasa 2 Seluas 670 Hektar
-
*KUANTAN:* Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah hari ini berkenan melancarkan Wasco Forest Fasa 2, iaitu program
penanama...
14 hours ago