Ceramah Live dari Saujana Utama : 3/7/10 - 9mlm
Penceramah : Hj Mohamad Sabu dan YB Dr Dzulkefli Ahmad.
sila refresh dan scroll ke bawah utk menonton live streaming :

Dialog Pemuda Kuala Selangor Bersama Ketua Penerangan Pemuda Selangor
7/2/2010. Majlis Dialog Dewan Pemuda Kuala Selangor bersama Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh Pemuda Cawangan dalam Parlimen Kuala Selangor. Penerangan tentang halatuju dan strategi pemuda telah dibentangkan oleh Naib Ketua DPPNS iaitu Sdra Mohd Sany Bin Hamzan. Pelbagai persoalan dirungkaikan dan banyak soalan-soalan panas diajukan kepada DPPNS bagi tujuan kefahaman dan penerangan. Dewan Pemuda UPU Saujana Utama mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk menjadi tuan rumah pada kali ini.
Amanat Dari Pengarah MTD Jeram (22 Jan 2010)
Minggu lepas telah berlangsung Majlis Amanat dari Pengarah MTD Hj Razali Tumirin. Bertempat di Puncak Alam, Hj Razali mengariskan pelan tindakan bagi menghadapi PRU 13.
Peringkat awal dan terpenting adalah penubuhan UPU bagi setiap Cawangan.