Mengikuti Debat 'Minyak' - 15 Julai 2008

Debat Khas diantara Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shaberi Chik dengan Penasihat Umum Parti Keadilan yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Dewan Bahasa Pustaka, pada 15 Julai 2008, jam 9.00 malam. Debat yang ditunggu-tunggu dan berjaya menarik perhatian ramai ini telah disiarkan dalam banyak saluran TV di negara kita. Di hadapan Markas UPU PAS Saujana Utama, kira-kira 30 orang berkumpul menyaksikan debat itu di skrin besar.

Baca Seterusnya ...

Majlis Barbeque - 12 Julai 2008

Satu majlis barbeque telah diadakan di Markas UPU Pas Saujana Utama pada 17 Julai 2008, selepas solat Isyak. Daging kambing bakar menjadi menu utama. Majlis ini diadakan untuk mempereratkan silaturahim di kalangan ahli. Sambil menikmati hidangan, turut diadakan ialah tayangan di skrin besar, siaran langsung Majlis Ceramah Sempena 100 Hari PAS Kedah dari Kompleks PAS Kedah.

Baca Seterusnya ...

Sekitar Ceramah Isu Semasa 7 Julai 2008

Secarama Isu Semasa telah diadakan di Markas UPU PAS Saujana Utama pada 7 Julai 2008, mulai jam 9.30 malam. Dua penceramah jemputan telah dijemput khas, iaitu Ustaz Idris Ahmad, AJk PAS Pusat serta Ustaz Azrul Hakim Suradi. Dalam ceramahnya, Ustaz Idris menyentuh tentang perlunya terus istiqamah dengan Islam yang di bawa oleh Rasulullah yang memberi rahmat kepada seluruh alam. Ini seterusnya akan memabawa natijah setelah diberikan menang peluang untuk memerintah, yang dijaga ialah rakyat dan bukannya wakil rakyat.
Beliau juga menyingkap kembali pengalaman dalam berkempen dalam PRU12 lalu serta isu semasa mengenai serangan yang diterima oleh kerajaan Pakatan Rakyat ( PR ) serta Ahli Parlimen PR. Beliau juga menyentuh tentang pembaziran dan ketirisan dalam menguruskan negara yang berlaku.
Sebelum itu, Ustaz Azrul Hakim Suradi yang juga Penyelia DUN Sungai Tawar menyentuh tentang isu semasa setelah BN tewas khususnya di Selangor. Beliau menjelaskan tentang7 perkara inisiatif yang baru diambil oleh kerajaan PR Selangor yang dianggap sebagai fasa pertama dalam memenuhi manifesto pilihanraya lalu.

Baca Seterusnya ...

MP Kuala Selangor @ Protes 2008

YB Dr Zulkifli Ahmad selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor juga turut memberi komitmen dalam Protes 2008. Beliau juga sempat berjumpa beberapa ahli PAS yang berada di Stadium dan berterima kasih atas komitmen yang ditunjukkan. YB Dr Zul telah diberi peluang untuk memberi pandangan dan idea yang bernas dalam menghadapi kemelut harga minyak ini. Syabas diucapkan dari pihak kami PAS Saujana Utama atas mewakili kami dalam menyatakan rasa tidak puas hati kami. Turun, turun, turun.






Baca Seterusnya ...

PROTES 2008 DI STADIUM KELANA JAYA

Bertempat di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, satu perhimpunan sejuta rakyat bagi memprotes kenaikan harga minyak baru-baru ini. Rakyat dari pelbagai kaum dan agama malahan datang dari seluruh pelusok tanahair bagi menjaya protes ini.

Mereka memakai baju-T berwarna merah yang tertera dengan tulisan Protes sampai turun dan gambar pam minyak. Kelihatan juga peserta yang datang dari Saujana Utama bagi menunjukkan sokongan ini

Walaubagaimanapun di sebelah petang terdapat beberapa insiden yang tidak diingini berlaku. Sila rujuk malaysiakini dan harakahdaily.

Gambar-gambar di sebelah pagi.









Baca Seterusnya ...

KENYATAAN AKHBAR PAKATAN RAKYAT DAKWAAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM - RAKYAT JANGAN TERPEDAYA


Pakatan Rakyat percaya bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau meliwat seorang pembantunya tidak lebih daripada hanya pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politik beliau. Ini dilakukan sebagai tindakbalas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.

Skandal 1998 telah memperlihatkan bagaimana seluruh institusi negara dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu yang akhirnya dibuktikan satu demi satu pada hari ini. Kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar. Proses membangunkan semula negara akan terganggu dan memakan masa.

Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini.

Oleh kerana kredibiliti Polis DiRaja Malaysia sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Dato� Seri Anwar Ibrahim sewaktu skandal 1998, kami menuntut agar suatu badan bebas khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini.

Dato' Seri Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar.

Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini.

Dokongan Terhadap Gabungan PROTES

Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak hilang fokus terhadap permasalahan sebenar yang memberikan kesan kepada kehidupan harian iaitu kenaikan harga minyak yang telah dibuat tanpa kewajaran.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengulangi sokongan penuh kepada Gabungan Protes yang berkempen mendesak penurunan harga minyak sebagai langkah utama untuk mengurangkan beban rakyat. Pakatan Rakyat akan turut hadir bersama Gabungan Protes pada 6 Julai 2008 di Padang Timur, Petaling Jaya untuk memberi sokongan penuh kepada rakyat.

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KeADILan

YB Ustaz Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP _

Baca Seterusnya ...