20 Ogos 2009. Satu Majlis Makan Malam dan Diskusi Isu Semasa bagi mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks PAS Kuala Selangor telah diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Majlis diserikan dengan kehadiran Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin dan juga Dr Dzulkefli Ahmad. Program dimulakan dengan jamuan makan, pemberian sijil wakaf serta forum su-isu semasa. Pas Saujana Utama dan PASTI Aisyah SU juga turut membeli wakaf bagi dana tersebut. Majlis ini juga turut dihadiri oleh penduduk Kuala Selangor dari pelbagai kaum. Dato Seri Nizar dalam forum, banyak memberi penerangan berhubung dengan krisis di Negeri Perak, dan beliau menarik perhatian para hadirin dengan menggunakan kelebihan beliau menggunakan pelbagai bahasa terutama bahasa Cina dan bahasa India. Program ini juga telah dibuat liputan oleh pasukan bloggers perakekspress, liputan mereka boleh didapati dari http://perakexpress.com/www/2009/08/21/sekitar-program-dato-seri-di-kuala-selangor/
Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal
Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta
-
*KUANTAN:* Sebanyak 122 hak milik di atas tanah milikan syarikat Berjaya
sekitar Bukit Tinggi, Bentong dilucutkan kepada Kerajaan Negeri Pahang
susulan k...
2 days ago