dipetik dari www.saujanautama.net
Satu majlis Berbuka Puasa Perdana Surau Al-Hidayah telah diadakan pada 7hb September 2008. Turut hadir dalam majis tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Zulkefly Ahmad. Kira-kira 200 orang telah hadir dalam majlis tersebut. Sebelum masuk waktu berbuka puasa, YB turut memberikan tazkirah. Dalam tazkirahnya, YB menyeru kita tidak sekadar mengarap pahala sebanyak mungkin semasa bulan puasa ini, tetapi juga mengambil perhatian terhadap 4 KPI sebagai natijah daripada ibadah Ramadhan. Pertama ialah taqwa atau takut dalam erti kata sekiranya dibacakan ayat-ayat Allah, maka mereka rasa gerun. Kedua terus cenderung beramal dengan ayat atau titah perintah Allah serta menjauhi larangannya. Ketiga, redha dengan apa dan ketentuan yang diterima daripada Allah setelah segala usaha terbaik dilakukan. Keempat, keyakinan suatu masa kita akan meninggalkan dunia ini untuk berada di mahkamah Allah.
Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Program Penanaman Pokok Wasco Forest
Fasa 2 Seluas 670 Hektar
-
*KUANTAN:* Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah hari ini berkenan melancarkan Wasco Forest Fasa 2, iaitu program
penanama...
1 day ago