Secarama Isu Semasa telah diadakan di Markas UPU PAS Saujana Utama pada 7 Julai 2008, mulai jam 9.30 malam. Dua penceramah jemputan telah dijemput khas, iaitu Ustaz Idris Ahmad, AJk PAS Pusat serta Ustaz Azrul Hakim Suradi. Dalam ceramahnya, Ustaz Idris menyentuh tentang perlunya terus istiqamah dengan Islam yang di bawa oleh Rasulullah yang memberi rahmat kepada seluruh alam. Ini seterusnya akan memabawa natijah setelah diberikan menang peluang untuk memerintah, yang dijaga ialah rakyat dan bukannya wakil rakyat.Beliau juga menyingkap kembali pengalaman dalam berkempen dalam PRU12 lalu serta isu semasa mengenai serangan yang diterima oleh kerajaan Pakatan Rakyat ( PR ) serta Ahli Parlimen PR. Beliau juga menyentuh tentang pembaziran dan ketirisan dalam menguruskan negara yang berlaku.
Sebelum itu, Ustaz Azrul Hakim Suradi yang juga Penyelia DUN Sungai Tawar menyentuh tentang isu semasa setelah BN tewas khususnya di Selangor. Beliau menjelaskan tentang7 perkara inisiatif yang baru diambil oleh kerajaan PR Selangor yang dianggap sebagai fasa pertama dalam memenuhi manifesto pilihanraya lalu.
Kemalangan Bas Bawa Pelajar UPSI, Sultan Pahang Titah Semua Masjid Di
Negeri Ini Anjur Solat Jenazah Ghaib
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah menitahkan semua masjid di negeri itu menganjurkan solat jenazah ghaib
un...
1 hour ago